Friday 4 November 2011

Syarat Kemasukan Jurusan Sains, Kemanusiaan, & Agama Tingkatan 6

SYARAT AM
a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b) berumur di antara 17 hingga 20 Tahun. (21 Tahun bagi cal;on mengulang) pada 1 Januari tahun semasa.

Jurusan Kemanusiaan


Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


Kumpulan Mata Pelajaran

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu /Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

VII Matematik / Matematik Tambahan

VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional /
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah /
Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /
Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Iban

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan /
Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga /
Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.



Jurusan Sains


Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


Kumpulan Mata Pelajaran

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
Rekacipta /
Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /
Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan /
Pengajian Pakaian.




Jurusan Agama




Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


Kumpulan Mata Pelajaran

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VII Matematik / Matematik Tambahan

VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional /
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan /
Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga /
Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

1 comment :

  1. Salam minta tolong nyatakan sekolah yg ada aliran agama tingkatan 6

    ReplyDelete