Friday 18 November 2011

GURU & KENAIKAN PANGKAT

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM


2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA
Komen Anda
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hcombat
hadiah tu semua untuk cikgu yang senior 20 tahun ke atas, cikgu baru tengok je la ye.....masa anda akan tiba 15 tahun akan datang,
kris jati
Bersyukur dan berterima kasihlah wahai insn bergelar guru, tapi macam mana pulak guru2 GPK pentadbiran, HEM dan KK sekolah biasa ( bukan kluster) DGA 32 tak ada kenaikan ke DGA 34 ke, mereka hanya diberi elaun tanggungan RM60 sebulan.Berbanding beban tugas yg terpaksa dilaksanakan memang tidak berbaloi.
nana
seronoknya guru2 kita, kementerian pelajaran sentiasa mengambil berat....tiap-tiap tahun ada saja perubahan pindaan dan sebagainya...walaubagaimanapun kita yang bukan guru juga memerlukan perhatian dari kerajaan.....kita orang kalu x lulus ujian pun x guna x juga naik...ada tu berkhidmat sampai pencen pun masih Gred N1...apalah nasib...
Abdullah Hamzah
Apakah kenaikan pangkat ini termasuk Guru Pendidikan Islam Gred DGA32 yang sudah bertahun-tahun di Time Besat?
gabukgobulou
tidak ada apa keistimewaan pun pengumuman ni..hanya sebilangan kecil guru sahaja yang terlibat...
guru tua
tak menarik langsung. kami GPK sek rendah dah hampir 10 tahun pegang jawatan hakiki 32 masih di takuk lama. bebanan tugas dilongok pada GPK, yg dapat hasil hanya bos ,. nsib badan
gnoh kam fat
bagaimanakah pula kedudukan penolong kanan petang, adakah juga dapat naik pangkat dari DG44 ke DG48. terima kasih
PAP
untungnyee cikgu.. PA lain takdapat ape2 ke?
Ali Hassan bin Ismail
Terima atas kaedah kenaikan pangkat yang baru di umumkan oleh PM tapi ianya tidak menyeluruh kerana guru PPPLD dan Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Rendah tidak terlibat dalam kaedah ini ianya melibatkan Sekolah Menengah
taku
Pengetua naik gred, Semua GPK Sekolah Menengah naik gred, Semua GPK Sek Rendah Klaster naik gred. Tetapi Guru Besar dan GPK di 7,709 buah sekolah rendah putih mata. 7,709 buah Sek Rendah X (1GB + 3GPK) = 30,836 orang PENGUNDI.
apa pula nasib guru yang berkhidmat hampir 30 tahun belumpun dapat dg 44
Jack Sparrow
Saya menyokong penuh dengan penambaikan yang dibuat oleh kerajaan. INI menandakan kerajaan perihatan akan susah payah mendidik anak murid dan pelajar supaya menjadi insan yang berilmu,moral yang tinggi dan cemerlang.
mamamia
guru biasa asik tertindas...
bakar
bila dh gaji tu naik jgn le buat kje mcm ........
muhamad nizam
1st kami ingin mengucapkan terima kasih pada PM kerana mengumumkan perkara di atas. Tapi kami guru-guru sekolah rendah (bukan sekolah kluster)macam x kena pandang aje... Tengoklah gred jawatan GPK di sekolah rendah biasa masih lagi macam dulu DGA32. Tapi sekolah menengah dan sekolah rendah kluster semua berubah. Yelah.. kami sekolah kampungan...belum capai tahap lagi agaknya...
salmah
kaedah kenaikan pangkat mesti telus. Jangan hanya menguntungkan pihak pentadbiran. Guru-guru biasa biarlah dapat sama. Jangan deme aje makan isi...kami makan kuah.
aku cikgu
terima kasih najib...sangat dihargai
Halim
Nampaknya golongan guru DG41 sekali lagi kurang peluang mereka untuk naik. Ramai di kalangan guru DG41 di Sarawak yang dilantik sebagai penolong kanan tetapi belum dilantik ke DG44 nampaknya tidak berpeluang dalam kaedah kenaikan ini kerana "...semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48..." Golongan yang menunjukkan pencapaian baik ini terpaksa memikul beban tugas yang lebih besar daripada gred mereka.

Begitu juga halnya guru DGA29 yang tamat belajar dan dilantik ke DG41 turut kehilangan peluang kerana telah dipotong oleh rakan yang menerima DGA32 sebelum ke DG41. Secara kasarnya, hanya 2% sahaja golongan pendidik ini yang memperolehi peluang ini.

Apa-apapun dengan perasaan bangga diucapkan "SELAMAT HARI GURU". Kita dikatakan "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA". Tanpa kita transformasi negara akan terbantut. Saya berbangga menjadi CIKGU
emran
Menarik bagi guru yang bekenaan sahaja, tapi bagaimana pula guru yang gred DGA29, apa keistimewaan yang guru ini dapat, mereka ialah yag berhempas pulas mendidik murid-murid.
daniaqaleesya
Slm, secara peribadi sy tgk 'HADIAH' kerajaan ni hny utk guru DG44 ke atas..jd, guru yang gred DG41 ni xda tempat dlm 'HADIAH' ni
jaini
KENAPA HANYA GURU BAHAGIAN PENTADBIRAN SAHAJA YG DAPAT? GURU BIASA BILA NAK BELA? INI YG DNAMAKAN PILIH KASIH..
abe din
Macam mana guru ijazah di sek. rendah tak da ke kenaikan pangkat untuk lima peringkat tersebut
Hayat
kami guru-guru terima kasih kepada kerajaan BN
amy shahrina
smpi je hari guru mesti ada something utk mereka.. mmg diakui guru adalah pencetus kepada semua kerjaya lain.. tp mcmmana pulak utk kami yg bergred DH under KPT tp still gaji sama cam guru.. xde kenaikan apa2 pun.. mohon berita harian utk mengupas isu ini. tq
hanya pentingkan sekolah menengah sahaja, adakah sekolah rendah tidak berhak mendapat kenaikan gaji........
Jimran Matkahar
Berita gembira kepada guru yang diumumkan oleh PM sempena hari guru lebih banyak menguntungkan guru sekolah menengah sedangkan guru sekolah rendah agak dilupakan. Kaedah kenaikan pangkat yang diumumkan lebih mengutamakan guru di sekolah menengah.
eiyla ibrahim
alhamdulilah...nice teacher...untuk kkm ada x?
Teruja
kenape kerajaan asik pentingkan guru sahaja..mcm kakitangan sokongan di sekolah di biarkan sahaja..kalau tidak ada kakitangan sokongan..guru-guru tidak dapat menjalankan tugas..pikir2 kan lah

No comments :

Post a Comment