Sunday 13 November 2011

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH

DEFINISI KOKURIKULUM
Warta Kerajaan 28 Disember 1967 (Peraturan Kursus Pengajian): 
Gerakerja/Kegiatan Kumpulan

Warta Kerajaan 31 Disember 1997 (Peraturan Kursus Pengajian): Apa-apa kegiatan yang dirancang, lanjutan daripada P&P                                                                                                          PUNCA KUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM                                          Akta Pelajaran Peraturan Surat Pekeliling Ikhtisas Surat Siaran Penegasan tentang aktiviti kokurikulum terkandung dalam: Akta Pelajaran 1961 – Kursus-kursus Pengajian Sekolah 1956, Peraturan-Peraturan (Persatuan) Sekolah 1961 dan Peraturan-Peraturan (Lawatan) Sekolah 1961 

KONSEP
Aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah (Kurikulum Kebangsaan 1997) Satu bidang pendidikan yg melibatkan semua murid & anggota masyarakat, anggapan bahawa: i. Keseimbangan dari segi mental & fizikal ii. Mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan iii. Boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri serta rakan sebaya

MATLAMAT
i) Untuk merealisasikan FPK kesedaran beragama dan kepercayaan kepada tuhan seimbang dari segi mental, rohani, emosi & jasmani integrasi kaum bina minat & bakat murid meningkatkan disiplin budaya sekolah – “school is fun” kerjasama dua hala sekolah berwatak

ii. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan kelab sukan atau permainan.” {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}

iii. Peranan Guru Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.) Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

iv. Kegiatan kokurikulum Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

STRATEGI PELAKSANAAN
1) Memberi wajaran yang sesuai antara kepentingan dan aktiviti kokurikulum
2) Mempelbagaikan aktiviti- beri peluang kepada semua murid/pelajar melibatkan diri dengan aktif
3) Pemupukan perpaduan
4). Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat
5). Menyelia, Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum secara sistematik & berterusan
6). Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid
7). Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.
8). Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.

PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6
Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah perlu dilaksanakan secara terancang, sistematik, telus dan mematuhi panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang berkuasa di atasnya khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. ASAS PELAKSANAAN

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah i. Pengerusi - Sekolah、 ii. Timb. Pegerusi - Guru Penolong Kanan Tingkatan EnPengetua am iii. Setiausaha – Penyelaras Kokurikulum

 i)   Menetapkan dasar dan matlamat pelaksanaan kokurikulum T6
ii)    Keanggotaan dalam Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (SPI Bil.1/1985, 2 Jan 1985)
iii)   Merumus dan menetapkan Visi dan Misi kegiatan kokurikulum T6
iv)   Menganggotai Jawatankuasa Kerja Kokurikulum Sekolah ( Carta Organisasi Kokurikulum)
v).   Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan spt sumber tenaga dan kepakaran, persekitaran, sumber bantuan dan kewangan serta kecenderungan pelajar
vi).   Menyediakan perancangan dan jadual tahunan ( takwim ) kokurikulum T6 dalam Takwim Sekolah
vii).  Menubuhkan badan beruniform, Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan di sekolah dan melantik guru-guru penasihat.
viii)  Menyediakan kurikulum kegiatan setiap kelab/persatuan
ix)   Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum untuk guru-guru.
x.)   Memantau dan menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum
xi).  Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan setiap kegiatan disekolah
xii). Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar
xiii. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus jurulatih.
xiv. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang pelajar dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah negeri, kebangsaan dan antarabangsa

PENGURUSAN MURID
i)  Setiap murid menyertai kegiatan kokurikulum seperti yang ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum yang disertai itu.

 ii)  Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan atas kehadiran, perjawatan, penglibatan, penyertaan, dan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum berdasarkan Skema Penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

iii)  Sekolah mewujud dan mengemaskini pangkalan data mengenai pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum pada setiap tahun.

iv)  Menyediakan insentif atau anugerah kepada murid dan  guru-guru yang cemerlang dalam kokurikulum sekolah.

No comments :

Post a Comment