Friday 4 November 2011

KURSUS DI LANGKAWI


Pada 11-13 Oktober 2011 bertempat di De Baron Resort, Langkawi seramai 64 orang Penolong Kanan dan Penyelaras Tingkatan 6 sekolah-sekolah di Kedah telah mengikuti Kursus Kepimpinan & Pengurusan Penolong Kanan dan Penyelaras Ting. 6. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah,  JPN Kedah.




Objektif kursus tersebut adalah  supaya;
1. Melahirkan Pengurusan Tingkatan 6 cekap, tepat dan cemerlang
2. Melahirkan Kepimpinan Tingkatan 6 yang berwibawa, berpengetahuan tinggi dan proaktif
3. Melahirkan Budaya Kerja Tingkatan 6 yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif.

Antara pengisian berupa ceramah Kepimpinan & Komunikasi disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Nayan, Pengurusan Fail oleh Encik Abdul Kadir Abdul Hamid, Pengurusan Kewangan oleh Encik Abu Bakar Kasar dan Pengurusan Stres oleh Haji Che' Man Hamid. Turut diisi Majlis Luahan Rasa bersama tuan Haji Munajat bin Tamrin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Shahrir bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusaan Sekolah, JPN Kedah.Semoga peserta kursus akan dapat mengaplikasikan kemahiran dan maklumat yang diperolehi disepanjang kursus ini dalan pengurusan mereka nanti.


Kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta amatlah memberansangkan.dan beberapa cadangan telah  diambil untuk memperkasakan lagi pengurusan di tingkatan 6.





























No comments :

Post a Comment