Wednesday 2 November 2011

Pengenalan

Mengapa saya perlu ada blog ? Persoalan itu menyebabkan saya yang buta ICT cuba mendekatkan diri dengan dunia ini. Saya tidak pernah belajar ICT secara formal hanya mencuba dan terus mencuba. membaca blog-blog orang lain, amat teruja.Beberapa blog yang saya tatap amat membantu memberi berbagai maklumat, betapa mudahnya maklumat di hujung jari....Blog politik pula menakutkan saya dengan fitnah, perkataan jijk seolah-olah macam hilang tamadun peradaban. Sedangkan guru-guru diarah mendidik peradaban dengan memastikan amalan nilai-nilai murni dihayati oleh murid. Gagalkah pendidikan di Malaysia? Biarlah orang-orang berwajib menjawabnya.
Harapan saya semoga blog ini dapat memberi manafaat terutama kepada rakan-rakan saya di Pengurusan Tingkatan Enam. Jika ada kekurangan itu biasa la...sila beri pandangan dan komen membina untuk saya terus berusaha untuk menyempurnakan blog ini.

1 comment :

  1. salam, saya sebagai seorang pelajar tingkatan 6 begitu rungsing dengan sekolah saya sendiri yg tidak membenarkan pelajar tingkatan 6 membawa laptop, sedangkan saya ada 3 kerja pbs yang perlu diselesaikan. namun terdapat banyak dan majoriti sekolah yg ada pra-universiti menjadi sumber internet melalui laptop sebagai sumber rujukam. adakah benar pelajar tingkatan 6 tidak boleh memebawa kemudahan tersebut ke sekolah?

    ReplyDelete