Friday 4 November 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN 6 BIL. 1/2010

Kepada :
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

Daripada :
Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan 6
Sektor Pengurusan Sekolah

Salinan kepada :
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan sekolah

Perkara :
Mesyuarat Pengurusan Tingkatan 6 Bil.1/2010

Tarikh :
26 Januari 2010 (Selasa)

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja
Kementerian Pelajaran Malaysia

Rujukan Fail : JPS(W)/SPS(Men)/153/02/05/01 Jld.3 ( )

1. Latar Belakang Mesyuarat

1.1. Mesyuarat dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dan dihadiri oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Sektor Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster (SBPK), Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokesional (BPTV), Bahagian Pengurusan Islam(BPI) serta Semua Pegawai Meja Pengurusan Tingkatan 6 dan Semua Pegawai Sektor Pengurusan Akademik JPN seluruh Malaysia.

1.2. Mesyuarat telah diadakan mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja

Pengerusi : Puan Nur Cahaya Binti Abdul Gani
Ketua Unit Pengurusan Tingkatan 6
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

1.3. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk :
1.3.1. Membincangkan Pengurusan Tingkatan 6
1.3.2. Mengumpul data dan maklumat pakej matapelajaran Tingkatan 6
1.3.3. Mengumpul data dan maklumat guru Tingkatan 6 yang telah dilantik dan belum
dilantik bagi setiap sekolah.

2. Maklumbalas Mesyuarat Pengurusan Tingkatan 6 Bil.1/2010 telah membincangkan dan mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:-

2.1 Ucapan tahniah kepada sekolah yang telah mendapat anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan akan mendapat beberapa keistimewaan dengan autonomi tinggi terutamannya dalam bidang kurikulum.

2.2 Pelaksanaan Pengurusan Tingkatan 6 :
Masih terdapat aduan yang diterima daripada sekolah berkenaan dengan masa belajar murid Tingkatan 6 yang tidak menentu. Aduan diterima sendiri oleh YAB Menteri Pelajaran dan KPPM. Semua JPN perlu memantau jadual dan pelaksanaan pengurusan Tingkatan 6 di JPN masing-masing. JPN Perak dan Selangor perlu ambil perhatian kerana aduan datang dari sekolah pusat Tingkatan 6 di JPN tersebut.
Garis Panduan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Tingkatan 6 perlu dikeluarkan kepada sekolah pusat Tingkatan 6 untuk penyelarasan. KPM akan mengeluarkan surat siaran berkaitan untuk diedarkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan kepada semua Sekolah Pusat Tingkatan 6.

Salinan maklumat Jadual waktu Tingkatan 6 setiap sekolah perlu dimajukan ke BPSH untuk rujukan. Untuk makluman semua Sekolah Pusat Tingkatan 6 perlu menamatkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran sebelum jam 2.40 petang.
Tindakan : JPN

2.3 Syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6 Tahun 2010 :

KPM berhasrat untuk menjadikan Tingkatan 6 sebagai institusi pilihan murid berbanding matrikulasi dan politeknik . Syarat kemasukan ini merupakan syarat yang sangat tinggi berbanding dengan institusi lain. (sila rujuk Lampiran perbandingan)

Perubahan pada syarat perlu dilihat kerana pengredan baru mengikut A+ dan A- oleh Lembaga Peperiksaan. Dimaklumkan UPU tidak menggunakan gred dan masih mengekalkan agregat dengan mata nilai gred. Perkara ini perlu dibincangkan dan diselaraskan.
Tindakan : BPSH

Syarat Jurusan kemanusiaan dicadang dikekalkan tetapi untuk jurusan Sains perlu dilihat semula kerana agregat yang terlalu rendah menyebabkan murid tidak dapat menyesuaikan diri dalam aliran sains tulen dan kemudian memohon bertukar ke jurusan kemanusiaan.
Tindakan : BPSH

2.4 Penyelarasan Sekolah Saluran dan Sekolah Pusat Tingkatan 6 :
Maklumat murid sangat penting terutamannya bagi penyelarasan penempatan murid berasrama (SBP,SMT dan SMKA). Pihak BPM akan memaklumkan tarikh penyemakan dibuat dan Pegawai Meja JPN perlu melengkapkan maklumat terkini.

Semua JPN diingatkan tentang kesegeraan menghantar data yang diperlukan. Kegagalan mematuhi tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan ’rating’ pulangan data JPN masing-masing.


2.5 Kemasukan Murid Secara Online ke Tingkatan 6 :

Pihak BPM telah menyediakan modul untuk menetapkan feeder dan pusat bagi murid Tingkatan 5 tahun 2009. Pengemaskinian maklumat akhir calon SPM 2009 dikeluarkan akan dibuat pada akhir bulan Februari. JPN Sarawak telah melaksanakan urusan ini semenjak tahun 2007 dan telah membentang kaedah pelaksanaan kepada semua JPN pada tahun lepas.

BPM perlu mendapatkan maklumat lengkap berkaitan syarat kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2010 bagi memastikan penempatan murid dapat dibuat. BPSH perlu memaklumkan maklumat tersebut kepada BPM dengan kadar segera.
Tindakan : BPSH

2.6 Data enrolmen murid Tingkatan 6 :KPT 6 :
Maklumat KPT 6 perlu lengkap dan tepat. Terdapat Murid bukan warganegara pada data enrolmen murid seperti pada 30 Oktober 2009. JPN diingatkan agar memastikan kemasukan murid bukan warganegara diurus mengikut prosedur yang ditetapkan. JPN terlibat perlu menyemak data murid bukan warganegara sama ada telah mendapat pengesahan daripada JPN atau belum. (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur) . Kutipan data KPT6 seterusnya adalah seperti pada 31 Januari 2010 yang perlu dimajukan melalui emel kepada BPSH melalui alamat email En Selamon Bin Kosrin pada atau sebelum 6 Febuari 2010.
Tindakan : JPN

2.7 Pertukaran dan Pelantikan Guru :
Urusan kenaikan pangkat Guru Tingkatan 6 menyebabkan pertukaran guru Tingkatan 6 perlu diurus dengan mengambil kira kekosongan opsyen dan gred.

Urusan pelantikan guru fasa 2 hanya akan dapat dilaksanakan selepas menerima pemakluman perubahan maklumat pakej mata pelajaran yang perlu dimajukan ke BPSH dengan kadar segera. Bagi JPN yang tiada perubahan maklumat juga perlu menghantar pemakluman kepada pihak BPSH untuk pengesahan.

Semua JPN perlu memajukan senarai nama guru Tingkatan 6 yang telah dilantik ke Jawatan naik pangkat Tingkatan 6 kepada BPSH untuk tujuan gabungan data bagi urusan pertukaran guru.

Urusan pertukaran guru Tingkatan 6 perlu penyelarasan di antara BPSM dan BPSH. Satu perbincangan akan diadakan untuk tujuan tersebut. Sebarang makluman berkaitan perkara tersebut akan dimaklumkan kepada JPN

BPSH perlu menyelaras semua urusan berkaitan pelantikan guru. Semua isu yang ditimbulkan akan dikaji semula. KPM akan mengeluarkan surat pemakluman agar semua urusan dapat diselaras di semua JPN
Tindakan : BPSH

2.8 Laporan Pemantauan Pengurusan Tingkatan 6 :
Semua JPN perlu memajukan laporan pemantauan 2009 ke BPSH pada atau sebelum 30 Januari 2010.

2.9 Sistem Modular
Pelaksanaan sistem Modular dijangka dilaksanakan pada tahun 2011 melibatkan banyak kerja khursus dan akan mengurangkan beban belajar murid. Murid akan diberi peluang mengulang mengikut semester sekiranya keputusan tidak memuaskan untuk membaiki keputusan murid tersebut. Sistem persekolahan akan kekal seperti sedia ada dan akan dibahagi kepada 3 semester. Kaedah pelaksanaan akan diselaraskan oleh pihak MPM. Pihak MPM akan mengadakan roadshow mengenai pelaksanaan sistem ini pada awal tahun 2011 setelah mendapat kelulusan Kabinet. (pelaksanaan sistem ini melibatkan kos yang tinggi).

2.10 Fail Meja
Isu pertindihan bidang tugas (kuasa) antara GPK Tingkatan 6 dengan GPK biasa termasuk Guru Kokurikulum Tingkatan (GPK) 6 dan GPK Kokurikulum di sekolah menimbulkan masalah dalam pengurusan di peringkat sekolah. Fail meja untuk GPK Tingkatan 6 perlu diselaras agar senarai tugas GPK Tingkatan 6 jelas dan tidak mengatasi tugas GPK biasa di sekolah. JPN Pahang diamanahkan untuk menyelaras Fail Meja GPK Tingkatan 6. Semua JPN perlu memberi input kepada JPN Pahang untuk tujuan ini. Fail Meja yang telah dimurnikan akan diselaras pada mesyuarat Pengurusan Tingkatan 6 Bil.2/2010 yang akan diadakan pada akhir bulan Februari 2010.

Fail Meja untuk Pengurusan Tingkatan 6 di JPN juga akan dimurnikan. Soft copy fail meja pengurusan akan diemel kepada semua Pegawai Meja Tingkatan 6 di JPN. JPN Selangor, Pulau Pinang dan Johor telah menyediakan fail meja Pengurusan untuk Pegawai Meja di JPN.

2.11 Hal-hal lain
Bajet pelaksanaan redeployment guru di peringkat JPN dan PPD perlu bida dan dibawa ke Mesyuarat Redeployment guru yang akan diadakan pada 28 Janauri 2010 sekiranya ada. Format yang disediakan perlu selaras seperti yang dilampirkan.

Sistem pemarkahan untuk kokurikulum murid Tingkatan 6 perlu diselaras. Pemarkahan kokurikulum Tingkatan 6 akan dikira mengikut pencapaian Tingkatan 4 hingga 5, Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas. Masalah akan timbul apabila murid yang ditempatkan ke sekolah pusat yang lain (tidak kekal di sekolah Tingkatan 5). Maklumat dan markah kokurikulum perlu diperoleh dari sekolah asal semasa menduduki Tingkatan 5. Sistem ini telah ditetapkan oleh BSSK. Pemarkahan ini diambilkira dalam proses penawaran ke IPT.

Masalah enrolmen murid terlalu kurang untuk kelas-kelas Tingkatan 6 (murid kurang daripada 15 orang) akan dikaji mengikut prestasi 2 tahun. Kuasa untuk menutup kelas ialah ditangan pendaftar sekolah. KPM hanya akan menasihatkan sekolah-sekolah yang kelas terlalu kurang enrolmen untuk ditutup. Pengarah Pelajaran Negeri akan memberi justifikasi sekiranya perlu menutup dan meneruskan kelas-kelas tertentu kerana penutupan kelas akan melibatkan beberapa implikasi yang melibatkan perjawatan guru dan perpindahan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

No comments :

Post a Comment