Wednesday 10 October 2012

PENGISIAN SEPTEMBER 2012




BIL
TARIKH
ORGANISASI
SASARAN
TEMPAT
PENGISIAN
1
19 SEPT 2012
SMK TUNKU ABDUL MALIK, ALOR SETAR
PELAJAR CACAT PENGLIHATAN
SMKTAM
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN
2
26 SEPT 2012
PANATIA EKONOMI DAERAH KOTA SETAR
PELAJAR STPM EKONOMI DAERAH KOTA SETAR
DEWAN SM TEKNIK ALOR SETAR
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN
3
27 SEPT 2012
SPI -SABK KEDAH
PELAJAR CEMERLANG CALON PMR
PENDANG LAKE RESORT
STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
4
28 SEPT 2012
SMK SYED SAFI
GURU-GURU
PAYA PAHLAWAN RESORT
TEAM BUILDING
5
29 SEPT 2012
SMK MERGONG
GURU-GURU
SMKM
KESERONOKAN BEKERJA
6
30 SEPT 2012
SMK SYED AHMAD, ARAU
PELAJAR STPM
HOTEL BRASMANA
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN





Tuesday 31 July 2012

ALLAH LEBIH SAYANGKAN SAHABATKU..



7.05 pagi Selasa 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433 .  terkejut bercampur  sayu bila mendapat mesej dari sahabatku Hajah Haslina di JPN Selangor yang berbunyi  :     

 "Assalamualaikum. Sahabat kita yang dikasihi En. Selamon baru kembali ke rahmatullah subuh tadi. Jenazah arwah masih lagi di HKL dan pagi ni Insyaallah akan dibawa balik ke rumah di Cheras. Mohon kita sama-sama berdoa dan bersedekah Al Fatihah agar arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Moga Allah mempermudahkan segalanya...Al Fatihah.


Tidak dapat ku tahan sebak, rasa kehilangan meruntun sanubari untuk orang yang sangat ku hormati. sukar ku temui seorang ketua yang penyayang, seorang sahabat yang memahami, seorang penjawat awam yang boleh dipercayai, seorang kenalan yang terpuji dan kami kehilangan usikanmu, kami kehilangan raut wajah kesabaranmu, kami kehilangan pengorbananmu.....kami kehilangan doa dan harapanmu disetiap emel yang kau hantar........sesungguhnya Allah lebih menyanyangimu.. 


Semoga Allah melimpahi rahmat dalam kerja buat semasa hidupnya dan semoga Allah tempatkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman,.Amin.
Semasa Allahyarham bersama kami di Kuala Tahan


Kejelekitan kami bersama Allahyarham di Air Papan Mersing

Sunday 8 July 2012

Wednesday 20 June 2012

BENGKEL PENGURUSAN SISTEM PENGKALAN DATA KGSK

KEPALA BATAS  21 JUN -Satu Bengkel Pengurusan Sistem Pengkalan Data KGSK Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah diadalan mulai 19 hingga 21 Jun 2012 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Tujuan bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu sistem pengkalan data KGSK . Sistem ini akan membantu menyelaras maklumat berkaitan guru ganti di seluruh negeri Kedah. 

Sistem ini telah diterajui oleh Encik Md. Roslan Zainol, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT dengan dibantu oleh Tuan Haji Mohamad Rodzi Mat Isa (PPD Kulim/Bandar Baharu), Tuan Haji Mansor Shahbudin (PPD Kuala Muda/Yan), Encik Mohamad Hatta Md. Zain ( PPD Padang Terap), Encik Mohamad Khairul Adilah Ahmad (PPD Baling/Sik), Encik Md. Tajudin Morad (PPD Kota Setar), Encik Wan Khalim Ahmad (PPD Kubang Pasu) dan Encik Kamal Hashim (PPD Langkawi).

Bengkel tersebut juga dihadiri oleh Encik Ahmad Lateh, Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Mohd.Zohir Harun selaku urus setia. Pengurus bengkel tersebut Tuan Haji Che' Man Hamid memaklumkan sistem itu akan mula beroperasi pada 11 Julai 2012 dan akan meningkatkan pengurusan KGSK di semua peringkat PPD dan JPN.

Friday 8 June 2012

KURSUS MOTIVASI PENGURUSAN MASA PPM DAERAH KUBANG PASU

JITRA, 05 JUN 2012- Satu Kursus Motivasi Pengurusan Masa peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan pada hari ini bertempat di SK Paya Kemunting selama satu hari. Kursus tersebut adalah bertujuan untuk melahirkan pembantu pengurusan murid yang bijak menguruskan masa, dapat mengamalkan Amalan 5S dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas. Kursus ini telah dihadiri oleh semua pembantu pengurusan murid bagi sekolah-sekolah dalam daerah Kubang Pasu.

Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Puan Hajah Osma Haji Shafie, Penolong PPD Pra Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu., dalam ucapannya beliau telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua PPM kerana begitu komitmen dari segi kerja, mengamalkan budaya bekerjasama, sering mencetuskan idea-idea yang amat menarik yang menjadikan PPM Daerah Kubang Pasu begitu menonjol dari segi merancang dan melaksanakan beberapa program.

Kursus tersebut juga telah mengundang Tuan Haji Che' Man bin Hamid, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang kursus diadakan. 





Pihajk urus setia merakamkan terima kasih kepada pihak SK Paya Kemunting kerana sudi memberi tempat dan kemudahan sepanjang kursus.Semoga hasil daripada kursus ini akan memantapkan lagi pengurusan diperingkat PPM. Tahniah.

Tuesday 29 May 2012

BENGKEL PENYEDIAAN & PENYELARASAN FAIL MEJA PEMBANTU AM PEJABAT (BENGKEL MPV)

ALOR SETAR  30 MEI -Satu Bengkel Penyediaan & Penyelarasan Fail Meja Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) telah diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2012. Bengkel tersebut telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang melibatkan 68 orang Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) seluruh negeri Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap peserta mempunyai Fail Meja mengikut standard yang ditetapkan. Penyeragaman ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah mengurus keperluan-keperluan bagi kelicinan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV).


Penceramah dan fasilitator terdiri daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional dari 8 buah daerah pendidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Radzi bin Yaacob dari PPD Kuala Muda Yan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik @ Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah sementara perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Halid bin Ali, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Dalam ucapan penutupnya Encik Halid meminta supaya semua peserta akan terus mengamalkan Amalan 5S bagi memastikan keselamatan & keceriaan bengkel.


Encik Azizan bin Aziz dari SMK Kepala Batas melahirkan rasa bangga kerana dapat menimba banyak pengetahuan sepanjang kursus ini.   Zulkifli Hassan yang bertugas di SMK Sungai Layar menyatakan kursus ini amat bermakna bagi menyelaraskan bengkel dan berharap diadakan lagi dimasa-masa kan datang.



Chew Kam Su dari SMK Dato' Wan Mat Saman, pula berazam untuk mengamalkan segala apa yang diperolehi sepanjang kursus ini dalam tugasnya nanti.


Tuan Haji Che'  Man Hamid selaku pengurus projek melahirkan rasa bangga dan tahniah atas komitmen yang ditujukkan oleh semua peserta sepanjang bengkel ini dijalankan. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan terima kasih di atas kesungguhan semua penceramah dan fasilitator yang sanggup membimbing setiap peserta.

Hasrat beliau supaya segala ilmu dan kemahiran yang diberikan akan diamalkan dan dapat meningkatkan perkhidmatan di bengkel yang lebih cemerlang. Semoga perjumpaan seperti ini akan terus dijalankan dimasa akan datang dengan pengisian perkongsian bestari yang lain pula.

























Wednesday 23 May 2012

MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

KANGAR 23 MEI - Satu Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah  JPN Kedah telah diadakan bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei 2012 bertempat di Kangar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Shahrir Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah. Turut terlibat diperingkat JPN Encik Ahmad bin Lateh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Guru), Puan Hajah Muslihah binti Abd. Hamid Ketua Unit Pendidikan Khas,Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan (Teknik & Vokasional), Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar Penolong Pengarah (Pengurusan Data) dan Tuan Haji Mat Fauzi bin Saad Penolong Pengarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling) sementara di peringkat PPD melibatkan semua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah (Menengah) 


 Urus setia mesyuarat ini telah diamanahkan kepada Encik Md. Zahini bin Mat Isa dan Puan Kamilah binti Mat Isa

                  


 Tujuan mesyuarat adalah untuk penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Penyelarasan ini  diharapkan dapat membantu penempatan mengikut permohonan seboleh mungkin, memastikan kekurangan mengikut subjek dapat dipenuhi, membuat rombakan bagi sekolah yang berlebihan dan kekurangan guru dan menangani isu-isu pertukaran.





Monday 7 May 2012

NOSTALGIA PENGURUSAN TING 6 KPM

TERIMA KASIH SAHABAT


Mari terbang burung merpati,
Hinggap mari ditengah laman,
                                 Setangkai hati sejambak budi,
                                Walau dimana jadi kenangan.

Sampan sarat dengan muatan,
      Berlayar feri ke Pulau Pinang,        
                                   Tanggungjawab isteri diutamakan,
                      Setia tabah jadi sanjungan.



Sayang Sarawak sungainya sempit,
Dasarnya berisi ikan dan lokan,
                      Tiada masalah dipandang rumit,
                     Bakti dan jasa tetap di hulurkan.

Indera Kayangan di Bukit keteri,
Berbalam nampak di Brasmana,
                      Tugas dipikul tidak terperi,
                   Sebut sahaja pasti diterima..

















Putajaya bandarnya indah,
Kebanggaan rakyat setiap negeri,,
                    Walaupun jasad jauh terpisah,
                     Namun dihati bersinmpul mati..


Kinabalu tempatnya tinggi,
Dibawah bayu terpahat namanya,
                      Menjadi sunjungan akhlak dan budi,,
                   Dimana berada ada auranya...



Negeri Melaka Bandarraya bersejarah,
Tidak  melayu hilang di dunia,,
                     Tugas selesai tak perlu diarah,
                   Ada masalah tidak malu bertanya..


Kuala Tembeling nama diberi,
Tempat mudik haluan perahu,
                      Kental jiwanya berdedikasi,
               Bakal pemimpin generasi baru..

Bukit Candan indah tersergam,,
Mentari bersinar di ufuk timur,
                  Amanah diberi erat tergengam,
                  Laksana tugas cukup teratur..

Bunga selasih bunga kasturi,
Tanam pula di bandaraya,
Kehebatan  minda kuat jati diri,
Berdiri teguh pemimpin muda.


Meredah lautan dari Labuan,
Haluan menuju ke Inderagiri,
Amat bijak buat keputusan,
Tegas, terbuka, amalan diri.


Pulau Redang tempat berteduh,,
Tempat nelayan merehatkan diri,
Tak perlu dikaji tak perlu disuluh,
Teman sejati sukar dicari.



Bukit Melawati sangatlah indah,
Tempat hinggap burung kedidi,
Rupa cantik sudah terserlah,
Sopan ditambah akhlak dan budi..

Tanjung Puteri lagu dinyanyi,
Sambil bersandar pohon sena,
Tanpa mereka terasa sunyi,
Kehadiran mereka riuh suasana.


Kalau tuan ke Kuala Linggi, 
Jangan lupa membawa kawan,
Orang hebat berkemahiran tinggi,
Bakal anugerah tokoh usahawan.



Manis orangnya berrambut kerinting,
Asal  tempat Puteri Saadong,
 Sentuhan  kelakar tak pernah kering,
Isunya pasti kerap kali melencong.


Manis senyuman menambat hati,
Cek Mek Molek punya identiti
Rajin mengurus serba serbi,
Jasamu dikenang di dalam hati.


 Pohon berangan pohon rambutan,
Pohon manggis berdaun lebat, 
Kepimpinan melalui teladan
Jadi pegangan ketua yang hebat.



KETUA YANG  "CUT APPLE A"
CARING, UNDERSTANDING, TRUSTING, ACCEPTING, POSITIVE THINGKING,
 PATIENT, LISTENING,  EMPATHY & ASERTIVE

Rendah diri jadi amalan,
Sabar dan tabah jadi pegangan,
Ikhlas di hati penambah iman,
Jadilah manusia bukan sebarangan.


Lima ratu berdiri di tangga,
Lepas makan di Negeri Sembilan,,
Sukar dipilih hingga tergangga 
Semuanya ayu  jadi pilihan.






KEPIMPINAN HARMONIS



JEJAKA TRANFORMASI


Kepada rakan2 yang tiada gambarnya maaf le ...nanti saya masukkan.