Monday, 14 November 2011

Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)

Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)

Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)
Judul : Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)
Harga :
RM19.70

Nombor siri : 2342161
Status Stok: Stok masih ada

Masukkan buku ke dalam troli belian
Judul : Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)Penyelengggara : Sulaiman Masri
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Penulisan Akedemik
Mukasurat : 159  halaman
Cetakan Baru : 2005
ISBN : 9676117447

Buku ini ditulis sebagai rujukan pelajar institusi pengajian tinggi dan sesiapa sahaja yang berhasrat atau diarahkan untuk menjalani penyelidikan yang diikuti dengan tugas menulis laporan ilmiah seperti esei, kertas kerja, kertas projek, proposal penyelidikan dan tesis.

Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran. Kita berusaha dengan menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta menemukan sebab-musabab yang sebenamya wujud daripada rentetan akibat.

Ketika kita menghadapi permasalahan dan dengan cara yang sistematik berusaha menyelesaikan permasalahan itu, ini dikatakan kita berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah dan menggunakan kaedah penyelesaian yang bersifat ilmiah. Kalau kita hanya mengumpul keterangan dan berusaha mengklasifikasi keterangan tersebut, ini dikatakan kita baru berada di pinggir penyelidikan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap statik.

Sebaliknya, kalau kita berusaha menyusun teori dan kaedah pendekatan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, kita sebenarnya berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap dinamik iaitu berusaha menemukan sifat umum yang dapat dianggap sebagai kaedah, da1i1 atau keumuman terhadap fenomena yang berada dalam bidang yang diselidiki. Penemuan itu dapat dirumuskan sebagai teori untuk menyelesaikan permasalahan. Daripada penjelasan tersebut, orang yang menjalani penyelidikan i1miah sewajamya berusaha menemui perumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki. Melalui pengertian tentang hubungan itu pula, dapat diadakan ramalan atau kawalan terhadap fenomena tersebut.

Kandungan buku ini sebanyak 13 bab yang diadun secara saling melengkapi khusus memperkatakan konsep, ruang lingkup, tatacara dan pendekatan penyelidikan saintifik. Selepas membaca kesemua bab, pelajar dan bakal penyelidik lain dapat mengetahui pelbagai aspek dan ber- keterampilan untuk menjalani penyelidikan dengan yakin dan berwibawa serta berjaya menghasilkan dapatan yang jitu.

Kandungan
Bab 1 PENYELIDIKAN DAN LIPUTANNYA
Pengenalan
Sumber Ilmu Pengetahuan
Penyelidikan Ilmiah
Tujuan Penyelidikan
Ciri Penyelidikan
Variabel
Skala Pengukuran
Penyelidikan Saintifik
Keperluan Penyelidikan
Perkaitan dalam Penyelidikan Saintifik

Bab 2 PERANCANGANDAN STRATEGI PENYELIDIKAN
Pengenalan
Strategi Penyelidikan
Kriteria Menilai Strategi Penyelidikan

Bab 3 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Pengenalan
Tujuan
Komponen
Jenis
Penilaian Reka Bentuk

Bab 4 PENENTUAN TUJUAN PENYELIDIKAN DAN HIPOTESIS
Pengenalan
Tujuan
Kajian
Hipotesis

Bab 5 PENILAIAN KAJIAN BERKAITAN (TINJAUAN LITERATUR)
Pengenalan
Teknik Menilai Kajian Terdahulu

Bab 6 PERMASALAHAN DAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN
Pengenalan
Permasalahan

Bab 7 SAMPEL DAN KAEDAH PERSAMPELAN
Pengenalan
Kerangka Persampelan

Bab 8 INSTRUMEN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengenalan
Kriteria Pemilihan Prosedur
Pemungutan Data Secara Pengamatan
Pengumpulan Data Secara Penyoalan
Penyoalan dan Pengukuran

Bab 9 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Pengenalan
Penganalisisan
Penganalisisan Dua Variabel

Bab 10 VARIABEL DAN SKALA PENGUKURAN
Pengenalan
Ciri
Pengukuran
Jenis dan Tahap Pengukuran
Kesilapan Pengukuran
Kebolehpercayaan
Kesahihan Pengukuran
Teknik Penskalaan
Analisis Kandungan
Ujian
Pengukuran Fizikal

Bab 11 PANDUAN (FORMAT) PENULISAN
Pengenalan
Panduan (Format) Penulisan Esei
Panduan Penulisan Kertas Cadangan (Proposal)
Penyelidikan Format Laporan Penyelidikan (Tesis)
Catatan

Bab 12 PANDUAN BAHASA
Pengenalan
Tatabahasa
Perkataan
Ayat
Pemerengganan
Kesilapan Umum Bahasa
Kesilapan pada Perkataan
Kesilapan pada Imbuhan
Kesilapan Umum Akibat Pengaruh Bahasa Inggeris

Bab 13 KESERAGAMAN GAYA PENERBITAN
Pengenalan
Keseragaman Gaya
Penggunaan Huruf Besar
Beberapa Ketentuan Lain
Singkatan dan Akronim
Perkataan Antarabangsa
Penambahan Awalan dan Akhiran
Gabungan Kata
Peraturan Khusus Singkatan dan Akronim
Angkatan Tentera
Penggunaan Tanda Baca
Bibliografi
Lampiran
Indeks

2 comments :

  1. Tuan, saya berminat untuk membeli buku kaedah penyelidikan yang dihasilkan oleh pihak tuan..sebanyak 32 buah..

    ReplyDelete
  2. bagaimana sy boleh membelinya.harap tuan dapat respon segera

    ReplyDelete