Sunday 13 November 2011

FOLIO GANTIKAN BUKU REKOD MENGAJAR

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM

A. Semua aktiviti Guru Tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap orang Guru Tingkatan 6 termasuklah Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 hendaklah menyediakan empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.
Folio-folio tersebut adalah :
i)Pengajaran dan pembelajaran
ii)Penyelidikan
iii)Penilaian dan taksiran iv)Kokurikulum

B.Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang tersenarai di bawah:

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
  • Butiran Diri
  • Jadual waktu peribadi
  • Jadual waktu kelas
  •  Sukatan Pelajaran
  •  Perancangan pengajaran setiap semester 
  • Perancangan pengajaran mingguan
  •  Perancangan pengajaran harian
  • Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
  • Nama pelajar bagi kelas yang diajar
  • Biodata pelajar (bagi guru kelas)
  • Refleksi harian 
2. Folio Penyelidikan
  • Jadual Waktu Peribadi
  • Jadual Waktu Kelas 
  • Garis panduan penyelidikan
  •  Perancangan penyeledikan tahunan
  • Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan murid
  •  Jadual konsultasi dengan murid
  • Laporan konsultasi dengan kumpulan murid.
  • Perancangan pembentangan murid/kolokium untuk diberi penilaian.
  • Bahan-bahan rujukan penyelidikan yang diperolehi.
  •  Jadual perancangan penyelidikan murid meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
  •  Borang pengesahan penghantaran hasil penyelidikan
  •  Rekod Kerja Mingguan
  • Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa
  • Senarai semak proses penyelidikan dilaksanakan.
  •  Lampiran
3. Folio Penilaian dan Taksiran
  • Jadual Waktu Peribadi
  • Perancangan penilaian tahunan
  • Analisis Ujian dan Peperiksaan
  • Jadual penggubal soalan sepanjang tahun
  • Jadual Spesifikasi Ujian/Item (JSU/JSI)
  • Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
  • Skema permarkahan ujian/peperiksaan
  • Senarai nama murid  yang diajar dan markah yang kemas kini
  • Borang markah/penilaian tugasan murid.
  • Lampira
4. Folio Kokurikulum
  • Surat lantikan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum
  • Jadual aktiviti kokurikulum tingkatan enam
  • Senarai nama murid di bawah seliaan.
  • Perancangan Strategik aktiviti kokurikulum yang dipegang.
  • Laporan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan.
  • Laporan Program Khidmat Masyarakat yang diselia.
  • Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.
  • Rekod anugerah khas murid dari aspek kepimpinan (jika ada).
  • Lampiran

    No comments :

    Post a Comment