Monday 21 November 2011

PERSIDANGAN MEMPERKASA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KALI KE 2 TAHUN 2011

Bermula dari 21 hingga 23 November 2011 telah berlangsung Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah  Menengah kali ke 2 Tahun 2011 di Hotel KL Internasional Kuala Lumpur bertemakan "Tranformasi Pendidikan Pengurusan Menengah" .Persidangan telah dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Abd Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Rasional Persidangan
Selaras dengan Tranformasi Pendidikan Negara Persidangan Memperkasakan Pengurusan sekolah menengah adalah satu aktiviti yang amat releven untuk dilaksanakan. Cadangan melaksanakan program ini seiring dengan strategi pelaksanaan NKRA Pendidikan serta memberi peluang kepada semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil bahagian dalam melaksanakan strategi tersebut.


Matlamat
Persidangan ini merupakan satu saluran untuk mendedahkan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagaian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang ada hubungkait dengan kepimpinan. Persidangan ini akan memberi peluang kepada mereka yang terlibat membincangkan isu, cabaran dan cara meningkatkan kualiti kepimpinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan organisasi.

Objektif
i) Meningkatkan kesedaran tentang cabaran, perkembangan teknologi dan usaha-usaha mengatasi masalah pengurusan sekolah dengan penuh berintegriti.
ii) Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan bagi menyelesaikan masalah pelanggan yang berurusan dengan pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
iii) Meningkatkan ketrampilan diri pegawai bagi menjana pengurusan berkesan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
iv) Memertabatkan profesion Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah selaras dengan perkembagan pendidikan terkini.

Antara Pengisian sepanjang persidangan :

i) Taklimat Penilaian dan Pengurusan TAJMA oleh BPsK, KPM.

ii)Pengurusan Strategik Organisasi oleh Y.Bhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Dato' Haji Hassan, Pengarah pusat perang saraf Media dan Informasi UiTM.

iii) Kreativiti dan Inovasi Dalam Pengurusan Organisasi oleh YB. Dato' Sri Idris Jusoh, Pengerusi MARA.

iv) Transformasi Pendidikan Melalui Pemikiran Luar Kotak oleh YB. Dato' Saifudin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

v) Taklimat Profesional dan Majlis Interaksi oleh Encik Aidie bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.

vi) Rumusan Hasil Pembentangan oleh Dr.  Jamil bin Adimin.

JPN Kedah  telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pengurusan Majlis dan diketuai oleh Encik Sharir bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Jamil bin Adimin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Institut Aminuddin Baki.

MEMORI SEKITAR PERSIDANGAN
  

No comments :

Post a Comment