PENGURUSAN BARU TINGKATAN 6
PUNCA KUASA : GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6
KP (BS –MEN) 303/01/03/(02) – Bertarikh : 10 APRIL
2009
LATAR BELAKANG
• Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah-
sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
• Jumlah
waktu mengajar guru Tingkatan 6
lebih kurang sama dengan guru lain, iaitu 24 – 28 waktu seminggu walaupun kompleksiti
dan skop mata pelajaran tingkatan 6 lebih luas.
• Waktu
belajar, perabot, pakaian seragam dan hampir segala aktiviti Tingkatan 6 adalah
sama seperti tingkatan-tingkatan lain dan ini mengurangkan impak Tingkatan 6
sebagai laluan perdana ke IPT.
USAHA MEMPERKASA : PERUBAHAN
YANG PERLU DIBUAT
MENAIKTARAF GURU TINGKATAN 6 –
PERJAWATAN DAN NAIK PANGKAT.
USAHA MENGEKALKAN KELAS/MENAMBAHKAN
BILANGAN PELAJAR – PERJAWATAN HILANG JIKA PELAJAR BERKURANGAN.
PEMBANGUNAN LOGISTIK – BILIK
KULIAH/TUTORIAL, BILIK DARJAH DAN PRASARANA KONDUSIF, KEMUDAHAN AKSES INTERNET,
PERPUSTAKAAN SENDIRI DLL
KAEDAH P & P – KULIAH &
TUTORIAL, R&D, KOLOKIUM, BENGKEL,WACANA DLL.
PERSONALITI GROOMING – PAKAIAN,
KETERAMPILAN, KEMENJADIAN, SIKAP, TINGKAHLAKU/DISIPLIN DLL
LAYANAN TERHADAP PELAJAR
TINGKATAN 6 – JANGAN SAMAKAN DENGAN PELAJAR LAIN. ADA UNSUR PRIVASI DAN
PENGHORMATAN.
TANGGUNGJAWAB KPD PELAJAR
TINGKATAN 6 – TANGGUNGJAWAB GURU + PENSYARAH.
PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
– SENTIASA MEMPERBAIKI KUALITI P&P DAN HUBUNGAN DENGAN PELAJAR : “Tegas tetapi lembut, Lembut tetapi tegas”.
PENINGKATAN KUALITI DIRI –
SENTIASA PERBAIKI DIRI UNTUK MENJADI AHLI AKADEMIK YANG BERJAYA : KUASAI
PELBAGAI DISIPLIN ILMU SEPERTI ICT, MOTIVASI, PENGURUSAN, PENULISAN, R&D
DAN JUGA ILMU DALAM BIDANG MASING-MASING.
AKTIVITI YG DIBERIKAN KPD PELAJAR
TINGKATAN 6 – KE ARAH MEMBINA BAKAT DAN KEPIMPINAN (LEADERSHIP)
WAKTU BEKERJA – OFFICE HOURS (
BALIK PUKUL 4.00 PETANG) BAGI GURU
TINGKATAN 6 YANG DILANTIK DAN JUGA PELAJAR 6 RENDAH 2009.
PENGURUSAN BARU MULAI 2009
•
Suasana pengurusan tingkatan enam yang berpandukan kepada
sukatan peperiksaan telah dikaji semula dan hasilnya mulai tahun 2009 keseluruhan
pengurusan tingkatan enam telah distruktur semula.
•
Satu garis panduan baru telah dikeluarkan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian yang mana ianya meliputi tugas dan
tanggungjawab guru penolong kanan tingkatan enam, guru akademik, guru kokurikulum
dan guru amali.
•
Pelaksanaan garis panduan yang baru ini akan
dikuatkuasakan mulai 11 Mei 2009 dan semua guru-guru yang telah
dilantik perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
PENGURUSAN BARU - perlu
dilaksanakan di semua sekolah yang
mempunyai kelas tingkatan 6.
i.
Pengurusan pelajar tingkatan 6 diasingkan daripada
pengurusan tingkatan 1 – 5.
ii. GPK tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan
iaitu
pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan
hal ehwal pelajar.
iii. Bidang tugas guru
akademik terbahagi kepada dua bahagian
iaitu interaksi dengan pelajar (contact
hours) dan tanpa
interaksi dengan pelajar
iv.Guru dikehendaki
menyediakan 4 jenis folio iaitu:
- Pengajaran dan pembelajaran
- Penyelidikan
- Penilaian dan Pentaksiran
- Kokurikulum
v. Guru kokurikulum adalah penyelaras
kokurikulum pelajar
vi. Sekolah hanya boleh menawarkan pakej mata
pelajaran yang
bersesuaian dengan kelayakan akademik
dan opsyen guru
akademik. Pilihan pakej mata pelajaran
yang
ditawarkan tidak boleh ditentukan tanpa
mengambil kira
kelayakan dan opsyen guru.
vii. Bilangan pelajar
dalam satu kelas yang akan menggunakan
sepenuhnya guru yang diperuntukan dengan
optimum adalah
antara 15 hingga 30 orang. Jika kurang daripada 15 orang,
kelas tidak boleh diteruskan.
v. Guru
kokurikulum adalah penyelaras kokurikulum pelajar
vi. Sekolah hanya boleh menawarkan pakej mata
pelajaran yang
bersesuaian dengan kelayakan akademik
dan opsyen guru
akademik. Pilihan pakej mata pelajaran
yang
ditawarkan tidak boleh ditentukan tanpa
mengambil kira
kelayakan dan opsyen guru.
vii. Bilangan pelajar
dalam satu kelas yang akan menggunakan
sepenuhnya guru yang diperuntukan dengan
optimum adalah
antara 15 hingga 30 orang. Jika kurang daripada 15 orang,
kelas tidak boleh diteruskan.
viii.Kokurikulum -
Aktiviti kokurikulum yang akan
ditawarkan untuk pelajar Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk
ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut. Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk
mendidik seseorang individu secara menyeluruh dan berupaya memikul
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang penyayang. Cth : produksi teater,
muzikal, pengurusan sukan dan perkhidmatan komuniti.
•
Guru akademik
DG52 dan DG48 mestilah memegang jawatan khas pengurusan bagi membantu guru
penolong kanan dalam pengurusan pentadbiran dan hal ehwal ’pelajar ting 6’. Jawatan yang harus disandang oleh guru
akademik DG52 dan DG48 di mana yang sesuai, adalah :
a. Ketua
bidang/Unit Matapelajaran
b. AJK
Majlis Kurikulum Sekolah.
c. Setiausaha
peperiksaan
d. Ketua
penyelidik bagi ’tracer
study’
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Bilangan waktu mengajar bagi semua matapelajaran termasuk MUET adalah 8 waktu (40 minit setiap waktu).
- Jumlah waktu mengajar keseluruhan (kuliah + tutorial) bagi satu matapelajaran tidak boleh kurang daripada 320 minit seminggu.
- Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik tingkatan 6 ialah : Minimun 16 waktu dan Maksimun 24 Waktu.
- Bilangan waktu mengajar bagi GPK Tingkatan 6 ialah Maksimun : 8 waktu seminggu.
- Bilangan waktu mengajar bagi Guru KO-KO tingkatan 6 ialah : Maksimun 16 waktu
- Jumlah waktu mengajar guru tingkatan 6 dipenuhi dahulu dengan matapelajaran tingkatan 6 sehingga mencapai tahap maksimun (24 waktu) seboleh mungkin.
- Jumlah minimun untuk matapelajaran tingkatan 6 sebanyak 16 waktu dan baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan 1 hingga 5 (jika perlu).
- Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada 2 : iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar (Lihat Jadual di sebelah)
Folio Pengajaran dan Pembelajaran
Butiran diri
Jadual waktu peribadi
Jadual waktu kelas
Sukatan pelajaran
Perancangan pengajaran setiap semester
Perancangan pengajaran harian.
Bahan cetakan dan edaran yang digunakan dalam kelas
Nama murid bagi kelas yang diajar.
Biodata murid bagi guru kelas
Lampiran
Folio Penyelidikan
Jadual Waktu Peribadi
Jadual Waktu Kelas
Garis panduan penyelidikan
Perancangan penyeledikan tahunan
Pelan tindakan (Carta
Gantt) pelaksanaan penyelidikan murid
Jadual konsultasi dengan
murid
Laporan konsultasi dengan kumpulan murid.
Perancangan pembentangan
murid/kolokium untuk diberi penilaian.
Bahan-bahan rujukan penyelidikan yang diperolehi.
Jadual perancangan penyelidikan murid meliputi perjumpaan, perbincangan
dan minit curai setiap perjumpaan.
Borang pengesahan penghantaran hasil penyelidikan
Rekod Kerja Mingguan
Bukti pembentangan dalam
kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa
Senarai semak proses penyelidikan dilaksanakan.
Lampiran
Folio Penilaian dan
Taksiran
Jadual Waktu Peribadi
Perancangan penilaian
tahunan
Analisis Ujian dan
Peperiksaan
Jadual penggubal soalan
sepanjang tahun
Jadual Spesifikasi
Ujian/Item (JSU/JSI)
Soalan
latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
Skema permarkahan
ujian/peperiksaan
Senarai nama murid yang diajar dan markah yang kemas kini
Borang markah/penilaian
tugasan murid.
Lampiran
Folio Kokurikulum
Surat lantikan sebagai
penasihat aktiviti kokurikulum
Jadual aktiviti
kokurikulum tingkatan enam
Senarai nama murid di
bawah seliaan.
Perancangan Strategik
aktiviti kokurikulum yang dipegang.
Laporan aktiviti
kokurikulum yang telah dijalankan.
Laporan Program Khidmat
Masyarakat yang diselia.
Rekod pencapaian murid di
bawah seliaan.
Rekod anugerah khas murid
dari aspek kepimpinan (jika ada).
Lampiran
GURU AMALI TINGKATAN 6 (Sains, PSV, Komputer)
Senarai tugas dan
tanggungjawab guru amali tingkatan 6 adalah sama seperti guru akademik tingkatan
Jika terdapat hanya
seorang sahaja guru amali sains, PSV dan komputer maka guru tersebut
bertanggungjawab dalam pengurusan makmal sains, bengkel PSV (bilik seni) dan
makmal komputer.
Jika terdapat lebih daripada
seorang guru amali sains, PSV dan pengkomputeran maka salah seorang mestilah
dipilih sebagai penyelaras makmal dan bilik berkenaan.
GURU KO KURIKULUM TINGKATAN 6
Senarai tugas dan
tanggungjawab sama seperti guru akademik tingkatan 6.
Jika terdapat hanya
seorang guru ko kurikulum, maka guru tersebut akan menjadi penyelaras ko
kurikulum tingkatan 6. Jika terdapat lebih maka salah seorangnya mestilah
dipilih sebagai penyelaras.
Senarai tugas penyelaras
ko kurikulum adalah seperti berikut:
a) Merancang dan menyelaras jadual tugas ko
kurikulum bagi guru tingkatan 6.
b)
Merancang dan menyelaras aktiviti ko kurikulum pelajar tingkatan 6.
c)
Menyelaras markah 10% ko kurikulum dan menyimpan rekod.
KO KURIKULUM TINGKATAN 6
Pelajar dilatih untuk
berdikari melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur perancangan,
penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti di peringkat sekolah. Tiga
komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
Unsur khidmat masyarakat
perlu diterapkan dalam semua aktiviti ko kurikulum tingkatan 6. Khidmat
masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada
komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dirancang dan
dikendalikan oleh pelajar dengan pengawasan guru.
Pelajar dikehendaki
melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah.
Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin
dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek
ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.
KEMAHIRAN DLM KO KURIKULUM
1. Oral/spoken communication skills
2. Written skills
3. Honesty
4. Teamwork
5. Self-motivation
6. Work ethic
7. Critical thinking
8. Risk-taking skills
9. Flexibility
10.
Leadership skills
11.
Interpersonal skills
12.
Work under pressure
13.
Questions skills
untuk mengajar tingkatan 6, adakah ada tawaran atau perlu memohon
ReplyDelete