Judul : Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)Penyelengggara : Sulaiman Masri
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Penulisan Akedemik
Mukasurat : 159 halaman
Cetakan Baru : 2005
ISBN : 9676117447
Buku ini ditulis sebagai rujukan pelajar institusi pengajian
tinggi dan sesiapa sahaja yang berhasrat atau diarahkan untuk menjalani
penyelidikan yang diikuti dengan tugas menulis laporan ilmiah seperti
esei, kertas kerja, kertas projek, proposal penyelidikan dan tesis.
Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran. Kita berusaha
dengan menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk menjelaskan
pelbagai gejala dan permasalahan serta menemukan sebab-musabab yang
sebenamya wujud daripada rentetan akibat.
Ketika kita menghadapi permasalahan dan dengan cara yang sistematik
berusaha menyelesaikan permasalahan itu, ini dikatakan kita berada di
tengah-tengah permasalahan ilmiah dan menggunakan kaedah penyelesaian
yang bersifat ilmiah. Kalau kita hanya mengumpul keterangan dan berusaha
mengklasifikasi keterangan tersebut, ini dikatakan kita baru berada di
pinggir penyelidikan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap statik.
Sebaliknya, kalau kita berusaha menyusun teori dan kaedah pendekatan
untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, kita sebenarnya berada di
tengah-tengah permasalahan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap
dinamik iaitu berusaha menemukan sifat umum yang dapat dianggap sebagai
kaedah, da1i1 atau keumuman terhadap fenomena yang berada dalam bidang
yang diselidiki. Penemuan itu dapat dirumuskan sebagai teori untuk
menyelesaikan permasalahan. Daripada penjelasan tersebut, orang yang
menjalani penyelidikan i1miah sewajamya berusaha menemui perumusan
tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang
diselidiki. Melalui pengertian tentang hubungan itu pula, dapat diadakan
ramalan atau kawalan terhadap fenomena tersebut.
Kandungan buku ini sebanyak 13 bab yang diadun secara saling
melengkapi khusus memperkatakan konsep, ruang lingkup, tatacara dan
pendekatan penyelidikan saintifik. Selepas membaca kesemua bab, pelajar
dan bakal penyelidik lain dapat mengetahui pelbagai aspek dan ber-
keterampilan untuk menjalani penyelidikan dengan yakin dan berwibawa
serta berjaya menghasilkan dapatan yang jitu.
Kandungan
Bab 1 PENYELIDIKAN DAN LIPUTANNYA
Pengenalan
Sumber Ilmu Pengetahuan
Penyelidikan Ilmiah
Tujuan Penyelidikan
Ciri Penyelidikan
Variabel
Skala Pengukuran
Penyelidikan Saintifik
Keperluan Penyelidikan
Perkaitan dalam Penyelidikan Saintifik
Bab 2 PERANCANGANDAN STRATEGI PENYELIDIKAN
Pengenalan
Strategi Penyelidikan
Kriteria Menilai Strategi Penyelidikan
Bab 3 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Pengenalan
Tujuan
Komponen
Jenis
Penilaian Reka Bentuk
Bab 4 PENENTUAN TUJUAN PENYELIDIKAN DAN HIPOTESIS
Pengenalan
Tujuan
Kajian
Hipotesis
Bab 5 PENILAIAN KAJIAN BERKAITAN (TINJAUAN LITERATUR)
Pengenalan
Teknik Menilai Kajian Terdahulu
Bab 6 PERMASALAHAN DAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN
Pengenalan
Permasalahan
Bab 7 SAMPEL DAN KAEDAH PERSAMPELAN
Pengenalan
Kerangka Persampelan
Bab 8 INSTRUMEN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengenalan
Kriteria Pemilihan Prosedur
Pemungutan Data Secara Pengamatan
Pengumpulan Data Secara Penyoalan
Penyoalan dan Pengukuran
Bab 9 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Pengenalan
Penganalisisan
Penganalisisan Dua Variabel
Bab 10 VARIABEL DAN SKALA PENGUKURAN
Pengenalan
Ciri
Pengukuran
Jenis dan Tahap Pengukuran
Kesilapan Pengukuran
Kebolehpercayaan
Kesahihan Pengukuran
Teknik Penskalaan
Analisis Kandungan
Ujian
Pengukuran Fizikal
Bab 11 PANDUAN (FORMAT) PENULISAN
Pengenalan
Panduan (Format) Penulisan Esei
Panduan Penulisan Kertas Cadangan (Proposal)
Penyelidikan Format Laporan Penyelidikan (Tesis)
Catatan
Bab 12 PANDUAN BAHASA
Pengenalan
Tatabahasa
Perkataan
Ayat
Pemerengganan
Kesilapan Umum Bahasa
Kesilapan pada Perkataan
Kesilapan pada Imbuhan
Kesilapan Umum Akibat Pengaruh Bahasa Inggeris
Bab 13 KESERAGAMAN GAYA PENERBITAN
Pengenalan
Keseragaman Gaya
Penggunaan Huruf Besar
Beberapa Ketentuan Lain
Singkatan dan Akronim
Perkataan Antarabangsa
Penambahan Awalan dan Akhiran
Gabungan Kata
Peraturan Khusus Singkatan dan Akronim
Angkatan Tentera
Penggunaan Tanda Baca
Bibliografi
Lampiran
Indeks |
Tuan, saya berminat untuk membeli buku kaedah penyelidikan yang dihasilkan oleh pihak tuan..sebanyak 32 buah..
ReplyDeletebagaimana sy boleh membelinya.harap tuan dapat respon segera
ReplyDeletebagaimana boleh beli buku ini?
ReplyDelete