Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
Jabatan Pelajaran Negeri
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM
Dengan hormatnya saya merujuk kepada
perkara di atas.
2. Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.
3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,
contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai
panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas
tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan
Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada
kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah
mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua
permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan
kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.
4. Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan
Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010,
semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2)
bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah
pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk
kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan
berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.
5. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat
Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN
BIL
|
KOMPONEN
|
BIL
WAKTU (MINIT)
|
CATATAN
|
1.
|
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi
setiap mata pelajaran)*
|
8
x 40 minit = 320 minit
|
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
|
2
|
Kokurikulum
|
4
X 40 minit = 160 minit
|
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu
untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
|
3.
|
Penyelidikan dan Kolokium
|
2
X 40 minit = 80 minit
|
Tambahan
|
Nota : * Jumlah mata pelajaran yang
wajib diambil ialah
4 mata pelajaran STPM + MUET
(dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan) seperti pekeliling 2
Februari 1999 (MPM/7(AM) 99
No comments :
Post a Comment