Mengapa saya perlu ada blog ? Persoalan itu menyebabkan saya yang buta ICT cuba mendekatkan diri dengan dunia ini. Saya tidak pernah belajar ICT secara formal hanya mencuba dan terus mencuba. membaca blog-blog orang lain, amat teruja.Beberapa blog yang saya tatap amat membantu memberi berbagai maklumat, betapa mudahnya maklumat di hujung jari....Blog politik pula menakutkan saya dengan fitnah, perkataan jijk seolah-olah macam hilang tamadun peradaban. Sedangkan guru-guru diarah mendidik peradaban dengan memastikan amalan nilai-nilai murni dihayati oleh murid. Gagalkah pendidikan di Malaysia? Biarlah orang-orang berwajib menjawabnya.
Harapan saya semoga blog ini dapat memberi manafaat terutama kepada rakan-rakan saya di Pengurusan Tingkatan Enam. Jika ada kekurangan itu biasa la...sila beri pandangan dan komen membina untuk saya terus berusaha untuk menyempurnakan blog ini.
salam, saya sebagai seorang pelajar tingkatan 6 begitu rungsing dengan sekolah saya sendiri yg tidak membenarkan pelajar tingkatan 6 membawa laptop, sedangkan saya ada 3 kerja pbs yang perlu diselesaikan. namun terdapat banyak dan majoriti sekolah yg ada pra-universiti menjadi sumber internet melalui laptop sebagai sumber rujukam. adakah benar pelajar tingkatan 6 tidak boleh memebawa kemudahan tersebut ke sekolah?
ReplyDelete