Friday 8 June 2012

KURSUS MOTIVASI PENGURUSAN MASA PPM DAERAH KUBANG PASU

JITRA, 05 JUN 2012- Satu Kursus Motivasi Pengurusan Masa peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan pada hari ini bertempat di SK Paya Kemunting selama satu hari. Kursus tersebut adalah bertujuan untuk melahirkan pembantu pengurusan murid yang bijak menguruskan masa, dapat mengamalkan Amalan 5S dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas. Kursus ini telah dihadiri oleh semua pembantu pengurusan murid bagi sekolah-sekolah dalam daerah Kubang Pasu.

Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Puan Hajah Osma Haji Shafie, Penolong PPD Pra Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu., dalam ucapannya beliau telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua PPM kerana begitu komitmen dari segi kerja, mengamalkan budaya bekerjasama, sering mencetuskan idea-idea yang amat menarik yang menjadikan PPM Daerah Kubang Pasu begitu menonjol dari segi merancang dan melaksanakan beberapa program.

Kursus tersebut juga telah mengundang Tuan Haji Che' Man bin Hamid, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang kursus diadakan. 





Pihajk urus setia merakamkan terima kasih kepada pihak SK Paya Kemunting kerana sudi memberi tempat dan kemudahan sepanjang kursus.Semoga hasil daripada kursus ini akan memantapkan lagi pengurusan diperingkat PPM. Tahniah.

No comments :

Post a Comment