Tuesday 29 May 2012

BENGKEL PENYEDIAAN & PENYELARASAN FAIL MEJA PEMBANTU AM PEJABAT (BENGKEL MPV)

ALOR SETAR  30 MEI -Satu Bengkel Penyediaan & Penyelarasan Fail Meja Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) telah diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2012. Bengkel tersebut telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang melibatkan 68 orang Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) seluruh negeri Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap peserta mempunyai Fail Meja mengikut standard yang ditetapkan. Penyeragaman ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah mengurus keperluan-keperluan bagi kelicinan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV).


Penceramah dan fasilitator terdiri daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional dari 8 buah daerah pendidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Radzi bin Yaacob dari PPD Kuala Muda Yan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik @ Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah sementara perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Halid bin Ali, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Dalam ucapan penutupnya Encik Halid meminta supaya semua peserta akan terus mengamalkan Amalan 5S bagi memastikan keselamatan & keceriaan bengkel.


Encik Azizan bin Aziz dari SMK Kepala Batas melahirkan rasa bangga kerana dapat menimba banyak pengetahuan sepanjang kursus ini.   Zulkifli Hassan yang bertugas di SMK Sungai Layar menyatakan kursus ini amat bermakna bagi menyelaraskan bengkel dan berharap diadakan lagi dimasa-masa kan datang.



Chew Kam Su dari SMK Dato' Wan Mat Saman, pula berazam untuk mengamalkan segala apa yang diperolehi sepanjang kursus ini dalam tugasnya nanti.


Tuan Haji Che'  Man Hamid selaku pengurus projek melahirkan rasa bangga dan tahniah atas komitmen yang ditujukkan oleh semua peserta sepanjang bengkel ini dijalankan. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan terima kasih di atas kesungguhan semua penceramah dan fasilitator yang sanggup membimbing setiap peserta.

Hasrat beliau supaya segala ilmu dan kemahiran yang diberikan akan diamalkan dan dapat meningkatkan perkhidmatan di bengkel yang lebih cemerlang. Semoga perjumpaan seperti ini akan terus dijalankan dimasa akan datang dengan pengisian perkongsian bestari yang lain pula.

























2 comments :

  1. Assalamualaikum...boleh tlg sharekan cara dan contoh fail meja pembantu bengkel mpv tersebut...t.kasih..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete