Saturday 28 April 2012

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM STPM BAHARU 2012


ALOR SETAR 26 APRIL, Satu Taklimat Pelaksanaan Sistem STPM Baharu telah diadakan kepada semua pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam peringkat Negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah mulai jam 8.30 pagi.


Pengisian dalam taklimat tersebut antaranya Pelaksanan Sistem STPM Baharu oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik, sesi kedua diisi dengan Pengurusan Baru Tingkatan Enam oleh Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah, sesi ketiga Pengurusan Penilaian & Pentaksiran STPM Baharu oleh Encik Othman bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan diakhiri dengan taklimat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2012 oleh Puan Mazliyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan, Sektor Pengurusan Sekolah.


No comments :

Post a Comment