Monday 23 April 2012

LAWATAN KSIPartner SMK Lunas





Penolong Kanan Pentadbiran sedang memerhati aktiviti memasak.


Hasil buah tangan murid pendidikan khas
LUNAS 18 April, Satu lawatan KSIPartner JPN Kedah telah diadakan di SMK Lunas. Tujuan lawatan ini adalah untuk membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah dari berbagai bidang. Pegawai yang dilantik sebagai pemantau merupakan mentor bagi sekolah tersebut. Sepanjang lawatan tersebut memperlihatkan kelancaran perjalanan P&P di setiap kelas. Prasarana juga mencukupi dan memuaskan, banyak usaha pihak sekolah ke arah menyediakan kemudahan kepada murid. Kebajikan dan keselamatan murid juga dititik beratkan oleh pihak pentadbir sekolah. Amat tertarik bila bertandang di Kelas Pendidikan Khas, bila disambut oleh murid-murid pendidikan khas, tahniah kepada rakan-rakan guru di pendidikan khas. Bilik Catering pun apa kurangnya murid-murid sedang menyediakan juadah dibawah pengawasan guru matapelajaran.

 
Murid sedang mencampurkan bahan-bahan untuk masakan.
Tekun menjalankan aktiviti memasak



No comments :

Post a Comment