Monday, 21 November 2011

PERSIDANGAN MEMPERKASA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KALI KE 2 TAHUN 2011

Bermula dari 21 hingga 23 November 2011 telah berlangsung Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah  Menengah kali ke 2 Tahun 2011 di Hotel KL Internasional Kuala Lumpur bertemakan "Tranformasi Pendidikan Pengurusan Menengah" .Persidangan telah dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Abd Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Rasional Persidangan
Selaras dengan Tranformasi Pendidikan Negara Persidangan Memperkasakan Pengurusan sekolah menengah adalah satu aktiviti yang amat releven untuk dilaksanakan. Cadangan melaksanakan program ini seiring dengan strategi pelaksanaan NKRA Pendidikan serta memberi peluang kepada semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil bahagian dalam melaksanakan strategi tersebut.


Matlamat
Persidangan ini merupakan satu saluran untuk mendedahkan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagaian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang ada hubungkait dengan kepimpinan. Persidangan ini akan memberi peluang kepada mereka yang terlibat membincangkan isu, cabaran dan cara meningkatkan kualiti kepimpinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan organisasi.

Objektif
i) Meningkatkan kesedaran tentang cabaran, perkembangan teknologi dan usaha-usaha mengatasi masalah pengurusan sekolah dengan penuh berintegriti.
ii) Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan bagi menyelesaikan masalah pelanggan yang berurusan dengan pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
iii) Meningkatkan ketrampilan diri pegawai bagi menjana pengurusan berkesan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
iv) Memertabatkan profesion Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah selaras dengan perkembagan pendidikan terkini.

Antara Pengisian sepanjang persidangan :

i) Taklimat Penilaian dan Pengurusan TAJMA oleh BPsK, KPM.

ii)Pengurusan Strategik Organisasi oleh Y.Bhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Dato' Haji Hassan, Pengarah pusat perang saraf Media dan Informasi UiTM.

iii) Kreativiti dan Inovasi Dalam Pengurusan Organisasi oleh YB. Dato' Sri Idris Jusoh, Pengerusi MARA.

iv) Transformasi Pendidikan Melalui Pemikiran Luar Kotak oleh YB. Dato' Saifudin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

v) Taklimat Profesional dan Majlis Interaksi oleh Encik Aidie bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.

vi) Rumusan Hasil Pembentangan oleh Dr.  Jamil bin Adimin.

JPN Kedah  telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pengurusan Majlis dan diketuai oleh Encik Sharir bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Jamil bin Adimin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Institut Aminuddin Baki.

MEMORI SEKITAR PERSIDANGAN
  

Friday, 18 November 2011

GURU & KENAIKAN PANGKAT

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM


2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA
Komen Anda
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hcombat
hadiah tu semua untuk cikgu yang senior 20 tahun ke atas, cikgu baru tengok je la ye.....masa anda akan tiba 15 tahun akan datang,
kris jati
Bersyukur dan berterima kasihlah wahai insn bergelar guru, tapi macam mana pulak guru2 GPK pentadbiran, HEM dan KK sekolah biasa ( bukan kluster) DGA 32 tak ada kenaikan ke DGA 34 ke, mereka hanya diberi elaun tanggungan RM60 sebulan.Berbanding beban tugas yg terpaksa dilaksanakan memang tidak berbaloi.
nana
seronoknya guru2 kita, kementerian pelajaran sentiasa mengambil berat....tiap-tiap tahun ada saja perubahan pindaan dan sebagainya...walaubagaimanapun kita yang bukan guru juga memerlukan perhatian dari kerajaan.....kita orang kalu x lulus ujian pun x guna x juga naik...ada tu berkhidmat sampai pencen pun masih Gred N1...apalah nasib...
Abdullah Hamzah
Apakah kenaikan pangkat ini termasuk Guru Pendidikan Islam Gred DGA32 yang sudah bertahun-tahun di Time Besat?
gabukgobulou
tidak ada apa keistimewaan pun pengumuman ni..hanya sebilangan kecil guru sahaja yang terlibat...
guru tua
tak menarik langsung. kami GPK sek rendah dah hampir 10 tahun pegang jawatan hakiki 32 masih di takuk lama. bebanan tugas dilongok pada GPK, yg dapat hasil hanya bos ,. nsib badan
gnoh kam fat
bagaimanakah pula kedudukan penolong kanan petang, adakah juga dapat naik pangkat dari DG44 ke DG48. terima kasih
PAP
untungnyee cikgu.. PA lain takdapat ape2 ke?
Ali Hassan bin Ismail
Terima atas kaedah kenaikan pangkat yang baru di umumkan oleh PM tapi ianya tidak menyeluruh kerana guru PPPLD dan Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Rendah tidak terlibat dalam kaedah ini ianya melibatkan Sekolah Menengah
taku
Pengetua naik gred, Semua GPK Sekolah Menengah naik gred, Semua GPK Sek Rendah Klaster naik gred. Tetapi Guru Besar dan GPK di 7,709 buah sekolah rendah putih mata. 7,709 buah Sek Rendah X (1GB + 3GPK) = 30,836 orang PENGUNDI.
apa pula nasib guru yang berkhidmat hampir 30 tahun belumpun dapat dg 44
Jack Sparrow
Saya menyokong penuh dengan penambaikan yang dibuat oleh kerajaan. INI menandakan kerajaan perihatan akan susah payah mendidik anak murid dan pelajar supaya menjadi insan yang berilmu,moral yang tinggi dan cemerlang.
mamamia
guru biasa asik tertindas...
bakar
bila dh gaji tu naik jgn le buat kje mcm ........
muhamad nizam
1st kami ingin mengucapkan terima kasih pada PM kerana mengumumkan perkara di atas. Tapi kami guru-guru sekolah rendah (bukan sekolah kluster)macam x kena pandang aje... Tengoklah gred jawatan GPK di sekolah rendah biasa masih lagi macam dulu DGA32. Tapi sekolah menengah dan sekolah rendah kluster semua berubah. Yelah.. kami sekolah kampungan...belum capai tahap lagi agaknya...
salmah
kaedah kenaikan pangkat mesti telus. Jangan hanya menguntungkan pihak pentadbiran. Guru-guru biasa biarlah dapat sama. Jangan deme aje makan isi...kami makan kuah.
aku cikgu
terima kasih najib...sangat dihargai
Halim
Nampaknya golongan guru DG41 sekali lagi kurang peluang mereka untuk naik. Ramai di kalangan guru DG41 di Sarawak yang dilantik sebagai penolong kanan tetapi belum dilantik ke DG44 nampaknya tidak berpeluang dalam kaedah kenaikan ini kerana "...semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48..." Golongan yang menunjukkan pencapaian baik ini terpaksa memikul beban tugas yang lebih besar daripada gred mereka.

Begitu juga halnya guru DGA29 yang tamat belajar dan dilantik ke DG41 turut kehilangan peluang kerana telah dipotong oleh rakan yang menerima DGA32 sebelum ke DG41. Secara kasarnya, hanya 2% sahaja golongan pendidik ini yang memperolehi peluang ini.

Apa-apapun dengan perasaan bangga diucapkan "SELAMAT HARI GURU". Kita dikatakan "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA". Tanpa kita transformasi negara akan terbantut. Saya berbangga menjadi CIKGU
emran
Menarik bagi guru yang bekenaan sahaja, tapi bagaimana pula guru yang gred DGA29, apa keistimewaan yang guru ini dapat, mereka ialah yag berhempas pulas mendidik murid-murid.
daniaqaleesya
Slm, secara peribadi sy tgk 'HADIAH' kerajaan ni hny utk guru DG44 ke atas..jd, guru yang gred DG41 ni xda tempat dlm 'HADIAH' ni
jaini
KENAPA HANYA GURU BAHAGIAN PENTADBIRAN SAHAJA YG DAPAT? GURU BIASA BILA NAK BELA? INI YG DNAMAKAN PILIH KASIH..
abe din
Macam mana guru ijazah di sek. rendah tak da ke kenaikan pangkat untuk lima peringkat tersebut
Hayat
kami guru-guru terima kasih kepada kerajaan BN
amy shahrina
smpi je hari guru mesti ada something utk mereka.. mmg diakui guru adalah pencetus kepada semua kerjaya lain.. tp mcmmana pulak utk kami yg bergred DH under KPT tp still gaji sama cam guru.. xde kenaikan apa2 pun.. mohon berita harian utk mengupas isu ini. tq
hanya pentingkan sekolah menengah sahaja, adakah sekolah rendah tidak berhak mendapat kenaikan gaji........
Jimran Matkahar
Berita gembira kepada guru yang diumumkan oleh PM sempena hari guru lebih banyak menguntungkan guru sekolah menengah sedangkan guru sekolah rendah agak dilupakan. Kaedah kenaikan pangkat yang diumumkan lebih mengutamakan guru di sekolah menengah.
eiyla ibrahim
alhamdulilah...nice teacher...untuk kkm ada x?
Teruja
kenape kerajaan asik pentingkan guru sahaja..mcm kakitangan sokongan di sekolah di biarkan sahaja..kalau tidak ada kakitangan sokongan..guru-guru tidak dapat menjalankan tugas..pikir2 kan lah

PENGURUSAN BARU TINGKATAN 6


PENGURUSAN BARU TINGKATAN 6

PUNCA KUASA : GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6  
KP (BS –MEN) 303/01/03/(02) – Bertarikh : 10 APRIL 2009

LATAR BELAKANG 
  Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah- sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
    Jumlah  waktu mengajar guru Tingkatan 6  lebih kurang sama dengan guru lain, iaitu  24 – 28 waktu seminggu walaupun kompleksiti dan skop mata pelajaran tingkatan 6 lebih luas.
  Waktu belajar, perabot, pakaian seragam dan hampir segala aktiviti Tingkatan 6 adalah sama seperti tingkatan-tingkatan lain dan ini mengurangkan impak Tingkatan 6 sebagai laluan perdana ke IPT.

USAHA MEMPERKASA : PERUBAHAN YANG PERLU DIBUAT
MENAIKTARAF GURU TINGKATAN 6 – PERJAWATAN DAN NAIK PANGKAT.

USAHA MENGEKALKAN KELAS/MENAMBAHKAN BILANGAN PELAJAR – PERJAWATAN HILANG JIKA PELAJAR BERKURANGAN.

PEMBANGUNAN LOGISTIK – BILIK KULIAH/TUTORIAL, BILIK DARJAH DAN PRASARANA KONDUSIF, KEMUDAHAN AKSES INTERNET, PERPUSTAKAAN SENDIRI DLL

KAEDAH P & P – KULIAH & TUTORIAL, R&D, KOLOKIUM, BENGKEL,WACANA DLL.
PERSONALITI GROOMING – PAKAIAN, KETERAMPILAN, KEMENJADIAN, SIKAP, TINGKAHLAKU/DISIPLIN DLL

LAYANAN TERHADAP PELAJAR TINGKATAN 6 – JANGAN SAMAKAN DENGAN PELAJAR LAIN. ADA UNSUR PRIVASI DAN PENGHORMATAN.

TANGGUNGJAWAB KPD PELAJAR TINGKATAN 6 – TANGGUNGJAWAB GURU + PENSYARAH.
PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU – SENTIASA MEMPERBAIKI KUALITI P&P DAN HUBUNGAN DENGAN PELAJAR : “Tegas tetapi lembut, Lembut tetapi tegas”.

PENINGKATAN KUALITI DIRI – SENTIASA PERBAIKI DIRI UNTUK MENJADI AHLI AKADEMIK YANG BERJAYA : KUASAI PELBAGAI DISIPLIN ILMU SEPERTI ICT, MOTIVASI, PENGURUSAN, PENULISAN, R&D DAN JUGA ILMU DALAM BIDANG MASING-MASING.

AKTIVITI YG DIBERIKAN KPD PELAJAR TINGKATAN 6 – KE ARAH MEMBINA BAKAT DAN KEPIMPINAN (LEADERSHIP)

WAKTU BEKERJA – OFFICE HOURS ( BALIK PUKUL 4.00 PETANG) BAGI GURU TINGKATAN 6 YANG DILANTIK DAN JUGA PELAJAR 6 RENDAH 2009.

PENGURUSAN BARU MULAI 2009
          Suasana pengurusan tingkatan enam yang berpandukan kepada sukatan peperiksaan telah dikaji semula dan hasilnya mulai tahun 2009 keseluruhan pengurusan tingkatan enam telah distruktur semula.
          Satu garis panduan baru telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang mana ianya meliputi tugas dan tanggungjawab guru penolong kanan tingkatan enam, guru akademik, guru kokurikulum dan guru amali.
          Pelaksanaan garis panduan yang baru ini akan dikuatkuasakan mulai 11 Mei 2009 dan semua guru-guru yang telah dilantik perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

PENGURUSAN BARU - perlu dilaksanakan di semua sekolah yang 
mempunyai  kelas tingkatan 6. 

     i.     Pengurusan pelajar tingkatan 6 diasingkan daripada pengurusan tingkatan  1 – 5.  
  ii.  GPK tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan iaitu
     pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.
iii. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua bahagian
     iaitu interaksi dengan pelajar (contact hours) dan tanpa
     interaksi dengan pelajar
iv.Guru dikehendaki menyediakan 4 jenis folio iaitu:
  •  Pengajaran dan pembelajaran
  •  Penyelidikan
  •  Penilaian dan Pentaksiran
  •  Kokurikulum
 v.  Guru kokurikulum adalah penyelaras kokurikulum pelajar
vi.  Sekolah hanya boleh menawarkan pakej mata pelajaran yang 
       bersesuaian dengan kelayakan akademik dan opsyen guru 
       akademik. Pilihan pakej mata pelajaran yang  
       ditawarkan tidak boleh ditentukan tanpa mengambil kira
       kelayakan dan opsyen guru.
vii. Bilangan pelajar dalam satu kelas yang akan menggunakan
       sepenuhnya guru yang diperuntukan dengan optimum adalah
       antara 15 hingga 30 orang.  Jika kurang daripada 15 orang,
       kelas tidak boleh diteruskan.

 v.  Guru kokurikulum adalah penyelaras kokurikulum pelajar
vi.  Sekolah hanya boleh menawarkan pakej mata pelajaran yang 
       bersesuaian dengan kelayakan akademik dan opsyen guru 
       akademik. Pilihan pakej mata pelajaran yang  
       ditawarkan tidak boleh ditentukan tanpa mengambil kira
       kelayakan dan opsyen guru.
vii. Bilangan pelajar dalam satu kelas yang akan menggunakan
       sepenuhnya guru yang diperuntukan dengan optimum adalah
       antara 15 hingga 30 orang.  Jika kurang daripada 15 orang,
       kelas tidak boleh diteruskan.
viii.Kokurikulum - Aktiviti kokurikulum yang akan  ditawarkan untuk pelajar Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.  Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk mendidik seseorang individu secara menyeluruh dan berupaya memikul tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang penyayang. Cth : produksi teater, muzikal, pengurusan sukan dan perkhidmatan komuniti.
               
            Guru akademik DG52 dan DG48 mestilah memegang jawatan khas pengurusan bagi membantu guru penolong kanan dalam pengurusan pentadbiran dan hal ehwal ’pelajar ting 6’.  Jawatan yang harus disandang oleh guru akademik DG52 dan DG48 di mana yang sesuai, adalah :
                                a.            Ketua bidang/Unit Matapelajaran
                                b.            AJK Majlis Kurikulum Sekolah.
                                c.             Setiausaha peperiksaan
                                d.            Ketua penyelidik bagi ’tracer
                               study’


PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Bilangan waktu mengajar bagi semua matapelajaran termasuk MUET adalah 8 waktu (40 minit setiap waktu).
  • Jumlah waktu mengajar keseluruhan (kuliah + tutorial) bagi satu matapelajaran tidak boleh kurang daripada 320 minit seminggu.
  • Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik tingkatan 6 ialah : Minimun 16 waktu dan Maksimun 24 Waktu.
  • Bilangan waktu mengajar bagi GPK Tingkatan 6 ialah Maksimun : 8 waktu seminggu.
  • Bilangan waktu mengajar bagi Guru KO-KO tingkatan 6 ialah : Maksimun 16 waktu
  • Jumlah waktu mengajar guru tingkatan 6 dipenuhi dahulu dengan matapelajaran tingkatan 6 sehingga mencapai tahap maksimun (24 waktu) seboleh mungkin.
                    ATAU
  • Jumlah minimun untuk matapelajaran tingkatan 6 sebanyak 16 waktu dan baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan  1 hingga 5 (jika perlu).
  • Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada 2 :  iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar (Lihat Jadual di sebelah)













Folio Pengajaran dan Pembelajaran
Butiran diri
Jadual waktu peribadi
Jadual waktu kelas
Sukatan pelajaran
Perancangan pengajaran setiap semester
Perancangan pengajaran harian.
Bahan cetakan dan edaran yang digunakan dalam kelas
Nama murid bagi kelas yang diajar.
Biodata murid bagi guru kelas
Lampiran

Folio Penyelidikan
Jadual Waktu Peribadi
Jadual Waktu Kelas
Garis panduan penyelidikan
Perancangan penyeledikan tahunan
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan murid
Jadual konsultasi dengan murid
Laporan konsultasi dengan kumpulan murid.
Perancangan pembentangan murid/kolokium untuk diberi penilaian.
Bahan-bahan rujukan penyelidikan yang diperolehi.
Jadual perancangan penyelidikan murid meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
Borang pengesahan penghantaran hasil penyelidikan
Rekod Kerja Mingguan
Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa
Senarai semak proses penyelidikan dilaksanakan.
Lampiran

Folio Penilaian dan Taksiran
Jadual Waktu Peribadi
Perancangan penilaian tahunan
Analisis Ujian dan Peperiksaan
Jadual penggubal soalan sepanjang tahun
Jadual Spesifikasi Ujian/Item (JSU/JSI)
Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
Skema permarkahan ujian/peperiksaan
Senarai nama murid  yang diajar dan markah yang kemas kini
Borang markah/penilaian tugasan murid.
Lampiran

Folio Kokurikulum
Surat lantikan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum
Jadual aktiviti kokurikulum tingkatan enam
Senarai nama murid di bawah seliaan.
Perancangan Strategik aktiviti kokurikulum yang dipegang.
Laporan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan.
Laporan Program Khidmat Masyarakat yang diselia.
Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.
Rekod anugerah khas murid dari aspek kepimpinan (jika ada).
Lampiran

GURU AMALI TINGKATAN 6 (Sains, PSV, Komputer)
Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali tingkatan 6 adalah sama seperti guru akademik tingkatan
Jika terdapat hanya seorang sahaja guru amali sains, PSV dan komputer maka guru tersebut bertanggungjawab dalam pengurusan makmal sains, bengkel PSV (bilik seni) dan makmal komputer.
Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains, PSV dan pengkomputeran maka salah seorang mestilah dipilih sebagai penyelaras makmal dan bilik berkenaan.

GURU KO KURIKULUM TINGKATAN 6
Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti guru akademik tingkatan 6.
Jika terdapat hanya seorang guru ko kurikulum, maka guru tersebut akan menjadi penyelaras ko kurikulum tingkatan 6. Jika terdapat lebih maka salah seorangnya mestilah dipilih sebagai penyelaras.
Senarai tugas penyelaras ko kurikulum adalah seperti berikut:
       a)     Merancang dan menyelaras jadual tugas ko kurikulum bagi guru tingkatan 6.
                b)     Merancang dan menyelaras aktiviti ko kurikulum pelajar tingkatan 6.
                c)     Menyelaras markah 10% ko kurikulum dan menyimpan rekod.

KO KURIKULUM TINGKATAN 6
Pelajar dilatih untuk berdikari melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti di peringkat sekolah. Tiga komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti ko kurikulum tingkatan 6. Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dirancang dan dikendalikan oleh pelajar dengan pengawasan guru.

Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.

KEMAHIRAN DLM KO KURIKULUM

1.     Oral/spoken communication skills
2.     Written skills
3.     Honesty
4.     Teamwork
5.     Self-motivation
6.     Work ethic
7.     Critical thinking
8.     Risk-taking skills
9.     Flexibility
10.     Leadership skills
11.     Interpersonal skills
12.     Work under pressure
13.     Questions skills

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN 6


Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.
3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan, contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.
4. Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010, semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2) bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.
5. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Sekian. Terima kasih.
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia



LAMPIRAN
BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1.
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2
Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3.
Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan
Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99

INFO PRA U


Berita Harian bertarikh 19 Mac 2011 – TINGKATAN ENAM PERLU DIROMBAK, 23 Mac 2011 – PERKASA SEMULA TINGKATAN ENAM & 25 Mac 2011 – KEMENTERIAN PATUT HEBAH KELEBIHAN MASUK TINGKATAN ENAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mac 2011 – Tingkatan enam perlu dirombak (Pelajar Prauniversiti 2010/2011, Ampang), 23 Mac 2011 – Perkasa semula tingkatan enam (Hasron Nazri Hashim, Kuala Lumpur) & 25 Mac 2011 – Kementerian patut hebah kelebihan masuk tingkatan enam (Insan Prihatin, Ampang, Selangor).

Untuk makluman penulis, KPM melalui Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan program pendidikan tingkatan enam dengan merangka rancangan penjenamaan semula program pendidikan prauniversiti ini.  Satu daripadanya ialah merombak sistem peperiksaan STPM daripada sistem terminal kepada sistem modular.

Sistem pentaksiran STPM secara modular akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan tingkaran enam bawah pada tahun 2012, bukan pada tahun 2011 seperti yang dinyatakan oleh Pelajar Prauniversiti 2010/2011.  Dalam sistem modular ini, penilaian  terhadap pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester (ada tiga semester semuanya).  Selain peperiksaan akhir berpusat pada setiap hujung semester, pelajar akan dinilai juga melalui kerja kursus yang dijalankan sepanjang pengajian.  Dengan pelaksanaan sistem baru ini diharapkan pengajian tingkatan enam akan menjadi lebih menarik, dan dengan yang demikian, lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian peringkat prauniversiti ini. 

Dari segi promosi, KPM telah menghebahkan maklumat ini melalui laman web, media massa dan program turun padang untuk menyebarluaskan maklumat tentang pelaksanaan sistem modular ini kepada warga pendidik di semua peringkat, khususnya kepada guru tingkatan enam, dan kepada pelajar serta masyarakat umum seluruhnya. 

KPM akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan dan menghebah kelebihan tingkatan enam serta terus berusaha memperkasakan pendidikan tingkatan enam. Usaha-usaha promosi juga dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak terutama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam program ‘Jom Masuk U’. Proses peralihan sedang dilaksanakan melalui siri kursus dan taklimat bagi memantap dan menyebarkan maklumat berkaitan sebelum pelaksanaannya.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA