TERIMA KASIH SAHABAT
Mari terbang burung merpati,
Hinggap mari ditengah laman,
Setangkai hati sejambak budi,
Walau dimana jadi kenangan. |
Sampan sarat dengan muatan,
Tanggungjawab isteri diutamakan, Berlayar feri ke Pulau Pinang, Setia tabah jadi sanjungan. |
Sayang Sarawak sungainya sempit, Dasarnya berisi ikan dan lokan, Tiada masalah dipandang rumit, Bakti dan jasa tetap di hulurkan. |
Indera Kayangan di Bukit keteri, Berbalam nampak di Brasmana, Tugas dipikul tidak terperi, Sebut sahaja pasti diterima.. |
|
Kinabalu tempatnya tinggi, Dibawah bayu terpahat namanya, Menjadi sunjungan akhlak dan budi,, Dimana berada ada auranya... |
Negeri Melaka Bandarraya bersejarah, Tidak melayu hilang di dunia,, Tugas selesai tak perlu diarah, Ada masalah tidak malu bertanya.. |
Kuala Tembeling nama diberi, Tempat mudik haluan perahu, Kental jiwanya berdedikasi, Bakal pemimpin generasi baru.. |
Bukit Candan indah tersergam,, Mentari bersinar di ufuk timur, Amanah diberi erat tergengam, Laksana tugas cukup teratur.. |
Bunga selasih bunga kasturi, Tanam pula di bandaraya, Kehebatan minda kuat jati diri, Berdiri teguh pemimpin muda. |
Meredah lautan dari Labuan, Haluan menuju ke Inderagiri, Amat bijak buat keputusan, Tegas, terbuka, amalan diri. |
Pulau Redang tempat berteduh,, Tempat nelayan merehatkan diri, Tak perlu dikaji tak perlu disuluh, Teman sejati sukar dicari. |
Manis senyuman menambat hati,
Cek Mek Molek punya identiti
Rajin mengurus serba serbi,
Jasamu dikenang di dalam hati.
Pohon berangan pohon rambutan, Pohon manggis berdaun lebat, Kepimpinan melalui teladan Jadi pegangan ketua yang hebat. |
Lima ratu berdiri di tangga, Lepas makan di Negeri Sembilan,, Sukar dipilih hingga tergangga Semuanya ayu jadi pilihan. |
KEPIMPINAN HARMONIS |
JEJAKA TRANFORMASI Kepada rakan2 yang tiada gambarnya maaf le ...nanti saya masukkan. |
Assalamualaikum bang...
ReplyDeleteCanggih...
Hilang tension dan tekanan kerja sekejap bila buka blog abang ni.. terima kasih semoga sihat sejahtera..
paling sedih bila tgk gambar bawah almarhum selamon yang telah kembali ke rahmatullah
ReplyDelete