KANGAR 23 MEI - Satu Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah telah diadakan bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei 2012 bertempat di Kangar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Shahrir Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah. Turut terlibat diperingkat JPN Encik Ahmad bin Lateh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Guru), Puan Hajah Muslihah binti Abd. Hamid Ketua Unit Pendidikan Khas,Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan (Teknik & Vokasional), Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar Penolong Pengarah (Pengurusan Data) dan Tuan Haji Mat Fauzi bin Saad Penolong Pengarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling) sementara di peringkat PPD melibatkan semua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah (Menengah)
Urus setia mesyuarat ini telah diamanahkan kepada Encik Md. Zahini bin Mat Isa dan Puan Kamilah binti Mat Isa
Tujuan mesyuarat adalah untuk penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Penyelarasan ini diharapkan dapat membantu penempatan mengikut permohonan seboleh mungkin, memastikan kekurangan mengikut subjek dapat dipenuhi, membuat rombakan bagi sekolah yang berlebihan dan kekurangan guru dan menangani isu-isu pertukaran.

No comments :
Post a Comment