Tuesday 29 May 2012

BENGKEL PENYEDIAAN & PENYELARASAN FAIL MEJA PEMBANTU AM PEJABAT (BENGKEL MPV)

ALOR SETAR  30 MEI -Satu Bengkel Penyediaan & Penyelarasan Fail Meja Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) telah diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2012. Bengkel tersebut telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang melibatkan 68 orang Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) seluruh negeri Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap peserta mempunyai Fail Meja mengikut standard yang ditetapkan. Penyeragaman ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah mengurus keperluan-keperluan bagi kelicinan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV).


Penceramah dan fasilitator terdiri daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional dari 8 buah daerah pendidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Radzi bin Yaacob dari PPD Kuala Muda Yan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik @ Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah sementara perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Halid bin Ali, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Dalam ucapan penutupnya Encik Halid meminta supaya semua peserta akan terus mengamalkan Amalan 5S bagi memastikan keselamatan & keceriaan bengkel.


Encik Azizan bin Aziz dari SMK Kepala Batas melahirkan rasa bangga kerana dapat menimba banyak pengetahuan sepanjang kursus ini.   Zulkifli Hassan yang bertugas di SMK Sungai Layar menyatakan kursus ini amat bermakna bagi menyelaraskan bengkel dan berharap diadakan lagi dimasa-masa kan datang.



Chew Kam Su dari SMK Dato' Wan Mat Saman, pula berazam untuk mengamalkan segala apa yang diperolehi sepanjang kursus ini dalam tugasnya nanti.


Tuan Haji Che'  Man Hamid selaku pengurus projek melahirkan rasa bangga dan tahniah atas komitmen yang ditujukkan oleh semua peserta sepanjang bengkel ini dijalankan. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan terima kasih di atas kesungguhan semua penceramah dan fasilitator yang sanggup membimbing setiap peserta.

Hasrat beliau supaya segala ilmu dan kemahiran yang diberikan akan diamalkan dan dapat meningkatkan perkhidmatan di bengkel yang lebih cemerlang. Semoga perjumpaan seperti ini akan terus dijalankan dimasa akan datang dengan pengisian perkongsian bestari yang lain pula.

























Wednesday 23 May 2012

MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

KANGAR 23 MEI - Satu Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah  JPN Kedah telah diadakan bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei 2012 bertempat di Kangar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Shahrir Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah. Turut terlibat diperingkat JPN Encik Ahmad bin Lateh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Guru), Puan Hajah Muslihah binti Abd. Hamid Ketua Unit Pendidikan Khas,Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan (Teknik & Vokasional), Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar Penolong Pengarah (Pengurusan Data) dan Tuan Haji Mat Fauzi bin Saad Penolong Pengarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling) sementara di peringkat PPD melibatkan semua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah (Menengah) 


 Urus setia mesyuarat ini telah diamanahkan kepada Encik Md. Zahini bin Mat Isa dan Puan Kamilah binti Mat Isa

                  


 Tujuan mesyuarat adalah untuk penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Penyelarasan ini  diharapkan dapat membantu penempatan mengikut permohonan seboleh mungkin, memastikan kekurangan mengikut subjek dapat dipenuhi, membuat rombakan bagi sekolah yang berlebihan dan kekurangan guru dan menangani isu-isu pertukaran.





Monday 7 May 2012

NOSTALGIA PENGURUSAN TING 6 KPM

TERIMA KASIH SAHABAT


Mari terbang burung merpati,
Hinggap mari ditengah laman,
                                 Setangkai hati sejambak budi,
                                Walau dimana jadi kenangan.

Sampan sarat dengan muatan,
      Berlayar feri ke Pulau Pinang,        
                                   Tanggungjawab isteri diutamakan,
                      Setia tabah jadi sanjungan.



Sayang Sarawak sungainya sempit,
Dasarnya berisi ikan dan lokan,
                      Tiada masalah dipandang rumit,
                     Bakti dan jasa tetap di hulurkan.

Indera Kayangan di Bukit keteri,
Berbalam nampak di Brasmana,
                      Tugas dipikul tidak terperi,
                   Sebut sahaja pasti diterima..

















Putajaya bandarnya indah,
Kebanggaan rakyat setiap negeri,,
                    Walaupun jasad jauh terpisah,
                     Namun dihati bersinmpul mati..


Kinabalu tempatnya tinggi,
Dibawah bayu terpahat namanya,
                      Menjadi sunjungan akhlak dan budi,,
                   Dimana berada ada auranya...



Negeri Melaka Bandarraya bersejarah,
Tidak  melayu hilang di dunia,,
                     Tugas selesai tak perlu diarah,
                   Ada masalah tidak malu bertanya..


Kuala Tembeling nama diberi,
Tempat mudik haluan perahu,
                      Kental jiwanya berdedikasi,
               Bakal pemimpin generasi baru..

Bukit Candan indah tersergam,,
Mentari bersinar di ufuk timur,
                  Amanah diberi erat tergengam,
                  Laksana tugas cukup teratur..

Bunga selasih bunga kasturi,
Tanam pula di bandaraya,
Kehebatan  minda kuat jati diri,
Berdiri teguh pemimpin muda.


Meredah lautan dari Labuan,
Haluan menuju ke Inderagiri,
Amat bijak buat keputusan,
Tegas, terbuka, amalan diri.


Pulau Redang tempat berteduh,,
Tempat nelayan merehatkan diri,
Tak perlu dikaji tak perlu disuluh,
Teman sejati sukar dicari.



Bukit Melawati sangatlah indah,
Tempat hinggap burung kedidi,
Rupa cantik sudah terserlah,
Sopan ditambah akhlak dan budi..

Tanjung Puteri lagu dinyanyi,
Sambil bersandar pohon sena,
Tanpa mereka terasa sunyi,
Kehadiran mereka riuh suasana.


Kalau tuan ke Kuala Linggi, 
Jangan lupa membawa kawan,
Orang hebat berkemahiran tinggi,
Bakal anugerah tokoh usahawan.



Manis orangnya berrambut kerinting,
Asal  tempat Puteri Saadong,
 Sentuhan  kelakar tak pernah kering,
Isunya pasti kerap kali melencong.


Manis senyuman menambat hati,
Cek Mek Molek punya identiti
Rajin mengurus serba serbi,
Jasamu dikenang di dalam hati.


 Pohon berangan pohon rambutan,
Pohon manggis berdaun lebat, 
Kepimpinan melalui teladan
Jadi pegangan ketua yang hebat.



KETUA YANG  "CUT APPLE A"
CARING, UNDERSTANDING, TRUSTING, ACCEPTING, POSITIVE THINGKING,
 PATIENT, LISTENING,  EMPATHY & ASERTIVE

Rendah diri jadi amalan,
Sabar dan tabah jadi pegangan,
Ikhlas di hati penambah iman,
Jadilah manusia bukan sebarangan.


Lima ratu berdiri di tangga,
Lepas makan di Negeri Sembilan,,
Sukar dipilih hingga tergangga 
Semuanya ayu  jadi pilihan.






KEPIMPINAN HARMONIS



JEJAKA TRANFORMASI


Kepada rakan2 yang tiada gambarnya maaf le ...nanti saya masukkan.