Monday 12 December 2011

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PROGRAM INTERVENSI AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2011

Pada 12 hingga 14 Disember 2011 bertempat di Fishing Bay Resort, Air Papan, Mersing, Johor telah diadakan Mesyuarat Pengurusan dan Program Intervensi Akademik Tingkatan Enam. Mesyuarat tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama JPN Johor. Kehadiran melibatkan pegawai-pegawai dari BPSH dan dua orang pegawai dari setiap JPN.

Kehadiran peserta telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai  oleh Pegawai dari JPN Johor Puan Siti Hajar Mahpol dan Encik Yusof Dawan  bersama Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan Enam BPSH Encik Selamon Haji Kosrin. Jemputan kemudian dibawa dengan bas ke Mersing, turut serta dalam perjalanan Puan Noor Chaya bin Abd Ghani Ketua Unit Tingkatan Enam, BPSH.


Perbincangan melibatkan :

Pengurusan sekolah

i. Penyelarasan Data SMM dari setiap negeri.
ii. Perjawatan guru yang belum diisi sehingga Disenber 2011
iii. Penambahan Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2012
iv. Pertukaran Guru tahun 2011 dan 2012
v. Isu-isu pengurusan tingkatan enam

Pengurusan akademik

i. Pencapaian Percubaan STPM 2011
ii. Merangka program intervensi
iii. Penyampaian program intervensi
iv. Perancangan akademik 2012
v. Isu-isu pengurusan akademik tingkatan enam





MEMORI FISHING BAY, 
AIR PAPAN, MERSING JOHOR





No comments :

Post a Comment