BIL
|
TARIKH
|
ORGANISASI
|
SASARAN
|
TEMPAT
|
PENGISIAN
|
1
|
19
SEPT 2012
|
SMK
TUNKU ABDUL MALIK, ALOR SETAR
|
PELAJAR
CACAT PENGLIHATAN
|
SMKTAM
|
MENGUNGGULI
KECEMERLANGAN
|
2
|
26
SEPT 2012
|
PANATIA
EKONOMI DAERAH KOTA SETAR
|
PELAJAR STPM EKONOMI DAERAH KOTA SETAR
|
DEWAN SM TEKNIK ALOR SETAR
|
MENGUNGGULI KECEMERLANGAN
|
3
|
27
SEPT 2012
|
SPI
-SABK KEDAH
|
PELAJAR
CEMERLANG CALON PMR
|
PENDANG
LAKE RESORT
|
STRATEGI
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
|
4
|
28
SEPT 2012
|
SMK
SYED SAFI
|
GURU-GURU
|
PAYA
PAHLAWAN RESORT
|
TEAM
BUILDING
|
5
|
29
SEPT 2012
|
SMK
MERGONG
|
GURU-GURU
|
SMKM
|
KESERONOKAN
BEKERJA
|
6
|
30
SEPT 2012
|
SMK
SYED AHMAD, ARAU
|
PELAJAR
STPM
|
HOTEL
BRASMANA
|
MENGUNGGULI
KECEMERLANGAN
|
Wednesday, 10 October 2012
PENGISIAN SEPTEMBER 2012
Wednesday, 15 August 2012
Tuesday, 31 July 2012
ALLAH LEBIH SAYANGKAN SAHABATKU..
7.05 pagi Selasa 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433 . terkejut bercampur sayu bila mendapat mesej dari sahabatku Hajah Haslina di JPN Selangor yang berbunyi :
"Assalamualaikum. Sahabat kita yang dikasihi En. Selamon baru kembali ke rahmatullah subuh tadi. Jenazah arwah masih lagi di HKL dan pagi ni Insyaallah akan dibawa balik ke rumah di Cheras. Mohon kita sama-sama berdoa dan bersedekah Al Fatihah agar arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Moga Allah mempermudahkan segalanya...Al Fatihah.
"Assalamualaikum. Sahabat kita yang dikasihi En. Selamon baru kembali ke rahmatullah subuh tadi. Jenazah arwah masih lagi di HKL dan pagi ni Insyaallah akan dibawa balik ke rumah di Cheras. Mohon kita sama-sama berdoa dan bersedekah Al Fatihah agar arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Moga Allah mempermudahkan segalanya...Al Fatihah.
Tidak dapat ku tahan sebak, rasa kehilangan meruntun sanubari untuk orang yang sangat ku hormati. sukar ku temui seorang ketua yang penyayang, seorang sahabat yang memahami, seorang penjawat awam yang boleh dipercayai, seorang kenalan yang terpuji dan kami kehilangan usikanmu, kami kehilangan raut wajah kesabaranmu, kami kehilangan pengorbananmu.....kami kehilangan doa dan harapanmu disetiap emel yang kau hantar........sesungguhnya Allah lebih menyanyangimu..
Semoga Allah melimpahi rahmat dalam kerja buat semasa hidupnya dan semoga Allah tempatkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman,.Amin.
Semoga Allah melimpahi rahmat dalam kerja buat semasa hidupnya dan semoga Allah tempatkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman,.Amin.
Kejelekitan kami bersama Allahyarham di Air Papan Mersing |
Sunday, 22 July 2012
Sunday, 15 July 2012
Sunday, 8 July 2012
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN KEDAH: MAJLIS ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KE...
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN KEDAH: MAJLIS ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KE...: Khamis 5 Julai 2012 Bertempat di Cinta Sayang Resort telah diadakan Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2011...
Wednesday, 20 June 2012
BENGKEL PENGURUSAN SISTEM PENGKALAN DATA KGSK
KEPALA BATAS 21 JUN -Satu Bengkel Pengurusan Sistem Pengkalan Data KGSK Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah diadalan mulai 19 hingga 21 Jun 2012 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Tujuan bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu sistem pengkalan data KGSK . Sistem ini akan membantu menyelaras maklumat berkaitan guru ganti di seluruh negeri Kedah.
Sistem ini telah diterajui oleh Encik Md. Roslan Zainol, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT dengan dibantu oleh Tuan Haji Mohamad Rodzi Mat Isa (PPD Kulim/Bandar Baharu), Tuan Haji Mansor Shahbudin (PPD Kuala Muda/Yan), Encik Mohamad Hatta Md. Zain ( PPD Padang Terap), Encik Mohamad Khairul Adilah Ahmad (PPD Baling/Sik), Encik Md. Tajudin Morad (PPD Kota Setar), Encik Wan Khalim Ahmad (PPD Kubang Pasu) dan Encik Kamal Hashim (PPD Langkawi).
Bengkel tersebut juga dihadiri oleh Encik Ahmad Lateh, Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Mohd.Zohir Harun selaku urus setia. Pengurus bengkel tersebut Tuan Haji Che' Man Hamid memaklumkan sistem itu akan mula beroperasi pada 11 Julai 2012 dan akan meningkatkan pengurusan KGSK di semua peringkat PPD dan JPN.
Friday, 8 June 2012
KURSUS MOTIVASI PENGURUSAN MASA PPM DAERAH KUBANG PASU
JITRA, 05 JUN 2012- Satu Kursus Motivasi Pengurusan Masa peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan pada hari ini bertempat di SK Paya Kemunting selama satu hari. Kursus tersebut adalah bertujuan untuk melahirkan pembantu pengurusan murid yang bijak menguruskan masa, dapat mengamalkan Amalan 5S dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas. Kursus ini telah dihadiri oleh semua pembantu pengurusan murid bagi sekolah-sekolah dalam daerah Kubang Pasu.
Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Puan Hajah Osma Haji Shafie, Penolong PPD Pra Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu., dalam ucapannya beliau telah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua PPM kerana begitu komitmen dari segi kerja, mengamalkan budaya bekerjasama, sering mencetuskan idea-idea yang amat menarik yang menjadikan PPM Daerah Kubang Pasu begitu menonjol dari segi merancang dan melaksanakan beberapa program.
Kursus tersebut juga telah mengundang Tuan Haji Che' Man bin Hamid, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Teknik & Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang kursus diadakan.
Pihajk urus setia merakamkan terima kasih kepada pihak SK Paya Kemunting kerana sudi memberi tempat dan kemudahan sepanjang kursus.Semoga hasil daripada kursus ini akan memantapkan lagi pengurusan diperingkat PPM. Tahniah.
Tuesday, 29 May 2012
BENGKEL PENYEDIAAN & PENYELARASAN FAIL MEJA PEMBANTU AM PEJABAT (BENGKEL MPV)
ALOR SETAR 30 MEI -Satu Bengkel Penyediaan & Penyelarasan Fail Meja Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) telah diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2012. Bengkel tersebut telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah yang melibatkan 68 orang Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV) seluruh negeri Kedah.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap peserta mempunyai Fail Meja mengikut standard yang ditetapkan. Penyeragaman ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah mengurus keperluan-keperluan bagi kelicinan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV).
Penceramah dan fasilitator terdiri daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional dari 8 buah daerah pendidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Radzi bin Yaacob dari PPD Kuala Muda Yan.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap peserta mempunyai Fail Meja mengikut standard yang ditetapkan. Penyeragaman ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah mengurus keperluan-keperluan bagi kelicinan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pembantu Am Pejabat (Bengkel MPV).
Penceramah dan fasilitator terdiri daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional dari 8 buah daerah pendidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Md Radzi bin Yaacob dari PPD Kuala Muda Yan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Saadon bin Nayan, Penolong Pengarah Kanan Teknik @ Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah sementara perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Halid bin Ali, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Dalam ucapan penutupnya Encik Halid meminta supaya semua peserta akan terus mengamalkan Amalan 5S bagi memastikan keselamatan & keceriaan bengkel.
Encik Azizan bin Aziz dari SMK Kepala Batas melahirkan rasa bangga kerana dapat menimba banyak pengetahuan sepanjang kursus ini. Zulkifli Hassan yang bertugas di SMK Sungai Layar menyatakan kursus ini amat bermakna bagi menyelaraskan bengkel dan berharap diadakan lagi dimasa-masa kan datang.
Chew Kam Su dari SMK Dato' Wan Mat Saman, pula berazam untuk mengamalkan segala apa yang diperolehi sepanjang kursus ini dalam tugasnya nanti.
Tuan Haji Che' Man Hamid selaku pengurus projek melahirkan rasa bangga dan tahniah atas komitmen yang ditujukkan oleh semua peserta sepanjang bengkel ini dijalankan. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan terima kasih di atas kesungguhan semua penceramah dan fasilitator yang sanggup membimbing setiap peserta.
Hasrat beliau supaya segala ilmu dan kemahiran yang diberikan akan diamalkan dan dapat meningkatkan perkhidmatan di bengkel yang lebih cemerlang. Semoga perjumpaan seperti ini akan terus dijalankan dimasa akan datang dengan pengisian perkongsian bestari yang lain pula.
Wednesday, 23 May 2012
MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
KANGAR 23 MEI - Satu Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah telah diadakan bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei 2012 bertempat di Kangar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Shahrir Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah. Turut terlibat diperingkat JPN Encik Ahmad bin Lateh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Guru), Puan Hajah Muslihah binti Abd. Hamid Ketua Unit Pendidikan Khas,Tuan Haji Che' Man bin Hamid Penolong Pengarah Kanan (Teknik & Vokasional), Encik Shairul Bazri bin Abu Bakar Penolong Pengarah (Pengurusan Data) dan Tuan Haji Mat Fauzi bin Saad Penolong Pengarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling) sementara di peringkat PPD melibatkan semua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah (Menengah)
Urus setia mesyuarat ini telah diamanahkan kepada Encik Md. Zahini bin Mat Isa dan Puan Kamilah binti Mat Isa
Tujuan mesyuarat adalah untuk penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Penyelarasan ini diharapkan dapat membantu penempatan mengikut permohonan seboleh mungkin, memastikan kekurangan mengikut subjek dapat dipenuhi, membuat rombakan bagi sekolah yang berlebihan dan kekurangan guru dan menangani isu-isu pertukaran.
Urus setia mesyuarat ini telah diamanahkan kepada Encik Md. Zahini bin Mat Isa dan Puan Kamilah binti Mat Isa
Tujuan mesyuarat adalah untuk penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Penyelarasan ini diharapkan dapat membantu penempatan mengikut permohonan seboleh mungkin, memastikan kekurangan mengikut subjek dapat dipenuhi, membuat rombakan bagi sekolah yang berlebihan dan kekurangan guru dan menangani isu-isu pertukaran.
Sunday, 20 May 2012
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)