7.05 pagi Selasa 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433 . terkejut bercampur sayu bila mendapat mesej dari sahabatku Hajah Haslina di JPN Selangor yang berbunyi :
"Assalamualaikum. Sahabat kita yang dikasihi En. Selamon baru kembali ke rahmatullah subuh tadi. Jenazah arwah masih lagi di HKL dan pagi ni Insyaallah akan dibawa balik ke rumah di Cheras. Mohon kita sama-sama berdoa dan bersedekah Al Fatihah agar arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Moga Allah mempermudahkan segalanya...Al Fatihah.

Semoga Allah melimpahi rahmat dalam kerja buat semasa hidupnya dan semoga Allah tempatkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman,.Amin.
![]() |
Kejelekitan kami bersama Allahyarham di Air Papan Mersing |