Monday, 23 April 2012

Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012


Encik Selamon sedang mempengerusikan mesyuarat
Pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat bersama pegawai
PUTRAJAYA 23 April, Satu Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Tabari, Bahagian Pembangunan Aras 1, Blok E2, Kompleks E Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Selamon bin Haji Khosrin Penolong Pengarah Unit Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Turut hadir pegawai-pegawai dari Bahagian-bahagian di kementerian dan pegawai-pegawai dari JPN seluruh Malaysia.

Pegawai dari JPN Selangor, Sarawak & W/Persekutuan
Hasil perjumpaan tersebut telah memberikan keputusan kepada  beberapa perkara dan isu-isu yang perlu ditangani segera demi kelancaran pelaksanaan penempatan murid-murid di Tingkatan Enam Bawah pada sesi kali ini.

Perjumpaan ini juga mengambil maklum pertukaran Tuan Haji Che’ Man Hamid JPN Kedah ke jawatan Penolong Pengarah Kanan Teknik & Vokasional di unit yang sama . Selamat datang diucapkan kepada penganti beliau Puan Mazliyani binti Mohamad yang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tuesday, 10 April 2012

MESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAHARU STPM

PUTRAJAYA, Selasa, 10 April 2012  Satu Mesyuarat Membincangkan Isu-isu Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Baharu STPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Tabari di sini bagi membincangkan penambahbaikan Sistem STPM Baharu.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Aidid bin Jantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari bahagian-bahagian di KPM, Pegawai-pegawai dari JPN-JPN Negeri,






Tujuan mesyuarat adalah untuk menyelesai dan membuat keputusan bagi penyelarasan pelaksanaan sistem baru tingkatan enam, kemasukan murid 2012, pentaksiran berasaskan sekolah dan memperkasakan tingkatan enam.









TAKLIMAT & PENERANGAN KOLEJ VOKASIONAL PINANG TUNGGAL

AHAD 01 April 2012  Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Pinang Tunggal telah di adakan satu taklimat dan majlis dialog diantara Bahagian Pengurusan Teknik Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Kedah dengan pemimpin masyarakat setempat di kawasan Pinang Tunggal, Sungai Petani. Tujuan majlis tersebut adalah untuk menjelaskan pelaksanaan SMK Pinang Tunggal untuk dijadikan Kolej Vokasional.

Majlis ini disertai oleh Tuan Haji Dr.Ir. Abdul Rahman bin Ayob mewakili KPM, Tuan Haji Che' Man Hamid mewakili JPN Kedah, Tuan Haji Md. Radzi Yaacob dan Encik Fadazalie mewakili PPD Kuala Muda /Yan bersama-sama dengan pihak sekolah dan pemimpin setempat (PIBG, JKKP, JKK dan iman-imam)

Perbincangan yang harmonis itu telah menghasilkan kesepakatan untuk sama-sama membangunkan pusat kemahiran tersebut demi kebaikan komuniti setempat dengan sama-sama menyelesaikan isu-isu dan kekangan yang ada.

MESYUARAT PENGURUSAN TEKNIK & VOKASIONAL JPN /PPD DI SMK MAHANG

Tuan Ketua Sektor bersama rombongan
Suasana ditempat pembiakan ikan keli
Mahang 6 Mac.Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah bersama PPD telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Teknik & Vokasional Bil 2 bagi 2012 bertempat di SMK Mahang dalam PPD Kulim Bandar Baharu. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Tuan Haji Munajat Tamrin (Ketua Sektor), En. Shahrir Abu Bakar (Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah), Encik Abdul Razak Hussain (Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Akademik) Tuan Haji Che' Man Hamid.(Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah) dan Penolong PPD Teknik & Vokasional di setiap daerah pendidikan di Kedah. Ahli mesyuarat juga sempat mengadakan lawatan ke bengkel-bengkel di sekolah tersebut.

Tahniah kepada tuan pengetua Encik Abd Aziz dan seluruh warga SMK Mahang di atas usaha yang amat membanggakan pihak JPN & PPD.
Memberi makanan ikan
KPP & PPK melawat kawasan pertanian.

Penolong PPD T&V sedang menjamu selera.
Bergambar bersama pengetua SMK Mahang.


Sunday, 1 April 2012

SANTAI LA PULAK..

Lagu wajibku ......kata bossku di KPM..
 


Buat seseorang yang pernah menjadi pelangiku.

 

Lagu ini mengingatkan aku pada setiap kali di akhir kursus, aku akan rakamkan memori untuk peserta dengan iringan lagu ini.

 


Buat yang pernah ditinggalkan dan meninggalkan...suratan ?

Ubat tidur 




Monday, 19 March 2012

MESYUARAT PENGURUSAN & AKADEMIK TINGKATAN ENAM

19-21 Mac 2012 bertempat di BTPN Shah Alam telah diadakan Mesyuarat Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam. Tujuan mesyuarat untuk menyelaraskan beberapa perkara antaranya:

1. Bidang Pengurusan :
1.1   Taklimat SMART6
1.2   Kemaskini Data SMM
1.3   Penetapan Sekolah Saluran dan Sekolah Pusat
1.4   Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam
        Bawah 2012
1.5   Surat Tawaran Kemasukan Murid Secara  "Online"
1.6   Kemaskini Data Guru dan Murid
1.7   Isu-isu Tingkatan Enam

2. Bidang Akademik
2.1   Takilimat  SMART6
2.2   Pembentangan Keputusan STPM Peringkat Nasional
2.3   Penetapan Sasaran STPM Mengikut Mata Pelajaran/
        Keseluruhan Bagi Tahun 2012
2.4   Pelaporan JPN Bagi PGNK dan Mata Pelajaran
        Menurun/Meningkat & Program Intervensi
                                                      2.5   Isu-isu Tingkatan Enam












Puan Norchahaya Abd Ghani dan Encik Selamon Haji Khosrin mewakili Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bersama pegawai-pewai dari Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri telah menjayakan mesyuarat ini.




Hasil daripada  mesyuarat ini akan memberi penambahbaikan dan kelancaran pengurusan Tingkatan Enam dalam era tranformasi sistem STPM Terminal ke STPM Baru.
























































Saturday, 10 March 2012



Sistem Modular mula Jun

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: Sistem baru bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikenali sebagai Sistem Modular akan mula dilaksanakan pada penggal baru persekolahan Jun ini dengan peperiksaan mengikut sistem itu bermula November 2012 bagi penggal pertama.
Malah, Sistem Modular itu juga yang membabitkan keputusan atau markah diperoleh calon ditentukan menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan berpusat akan memberi lebih keseronokan belajar kerana pengajian di peringkat tingkatan enam rendah dan atas mirip sistem pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) seperti kolej dan universiti.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi sistem pengajian baru dan peperiksaan STPM menggunakan Sistem Modular, ia diharap menarik minat pelajar meneruskan pengajian ke tingkatan enam yang kebelakangan ini didapati lebih berminat memasuki kolej atau universiti bagi mendapatkan diploma dan lebih cepat untuk bekerja.
Katanya, dengan adanya pendekatan baru itu diharap akan meningkatkan semula minat pelajar meneruskan pengajian mereka ke tingkatan enam sebelum memasuki IPT untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

“Sistem Modular ini (pengajian di Tingkatan Enam) sebenarnya seperti sistem belajar di universiti dan ia juga akan lebih meringankan pelajar sepanjang berada di Tingkatan Enam.

“Selain itu menerusi sistem ini, pelajar boleh mengulangi semula peperiksaan di penggal akhir (penggal ketiga) jika keputusan penggal pertama tidak memuaskan kerana keputusan peperiksaan itu (STPM) digabungkan berasaskan keputusan peperiksaan ketiga-tiga penggal menerusi PBS dan peperiksaan berpusat,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman. Dr Mohd Puad mengulas laporan akhbar semalam mengenai peperiksaan STPM dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh pelajar akan ditentukan menerusi PBS dan peperiksaan berpusat.

Katanya, pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang akan dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian iaitu PBS dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon dan penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan tingkatan enam.
Ditanya mengenai penambahbaikan dan perubahan baru yang akan dilakukan terhadap peperiksaan awam lain membabitkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata, hanya SPM saja sistem peperiksaannya akan dikekalkan manakala peperiksaan awam lain seperti PMR dihapuskan menjelang 2016 dan digantikan dengan sistem PBS seperti peperiksaan STPM dan UPSR.

“Seperti peperiksaan UPSR, 40 peratus markahnya akan berdasarkan PBS dan 60 peratus peperiksaan berpusat dan mulai tahun ini kita sudah memulakan sistem PBS di tahun satu,” katanya.