Monday 19 March 2012

MESYUARAT PENGURUSAN & AKADEMIK TINGKATAN ENAM

19-21 Mac 2012 bertempat di BTPN Shah Alam telah diadakan Mesyuarat Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam. Tujuan mesyuarat untuk menyelaraskan beberapa perkara antaranya:

1. Bidang Pengurusan :
1.1   Taklimat SMART6
1.2   Kemaskini Data SMM
1.3   Penetapan Sekolah Saluran dan Sekolah Pusat
1.4   Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam
        Bawah 2012
1.5   Surat Tawaran Kemasukan Murid Secara  "Online"
1.6   Kemaskini Data Guru dan Murid
1.7   Isu-isu Tingkatan Enam

2. Bidang Akademik
2.1   Takilimat  SMART6
2.2   Pembentangan Keputusan STPM Peringkat Nasional
2.3   Penetapan Sasaran STPM Mengikut Mata Pelajaran/
        Keseluruhan Bagi Tahun 2012
2.4   Pelaporan JPN Bagi PGNK dan Mata Pelajaran
        Menurun/Meningkat & Program Intervensi
                                                      2.5   Isu-isu Tingkatan Enam












Puan Norchahaya Abd Ghani dan Encik Selamon Haji Khosrin mewakili Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bersama pegawai-pewai dari Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri telah menjayakan mesyuarat ini.




Hasil daripada  mesyuarat ini akan memberi penambahbaikan dan kelancaran pengurusan Tingkatan Enam dalam era tranformasi sistem STPM Terminal ke STPM Baru.
























































Saturday 10 March 2012



Sistem Modular mula Jun

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA TERENGGANU: Sistem baru bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikenali sebagai Sistem Modular akan mula dilaksanakan pada penggal baru persekolahan Jun ini dengan peperiksaan mengikut sistem itu bermula November 2012 bagi penggal pertama.
Malah, Sistem Modular itu juga yang membabitkan keputusan atau markah diperoleh calon ditentukan menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan berpusat akan memberi lebih keseronokan belajar kerana pengajian di peringkat tingkatan enam rendah dan atas mirip sistem pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) seperti kolej dan universiti.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi sistem pengajian baru dan peperiksaan STPM menggunakan Sistem Modular, ia diharap menarik minat pelajar meneruskan pengajian ke tingkatan enam yang kebelakangan ini didapati lebih berminat memasuki kolej atau universiti bagi mendapatkan diploma dan lebih cepat untuk bekerja.
Katanya, dengan adanya pendekatan baru itu diharap akan meningkatkan semula minat pelajar meneruskan pengajian mereka ke tingkatan enam sebelum memasuki IPT untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

“Sistem Modular ini (pengajian di Tingkatan Enam) sebenarnya seperti sistem belajar di universiti dan ia juga akan lebih meringankan pelajar sepanjang berada di Tingkatan Enam.

“Selain itu menerusi sistem ini, pelajar boleh mengulangi semula peperiksaan di penggal akhir (penggal ketiga) jika keputusan penggal pertama tidak memuaskan kerana keputusan peperiksaan itu (STPM) digabungkan berasaskan keputusan peperiksaan ketiga-tiga penggal menerusi PBS dan peperiksaan berpusat,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman. Dr Mohd Puad mengulas laporan akhbar semalam mengenai peperiksaan STPM dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh pelajar akan ditentukan menerusi PBS dan peperiksaan berpusat.

Katanya, pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang akan dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian iaitu PBS dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon dan penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan tingkatan enam.
Ditanya mengenai penambahbaikan dan perubahan baru yang akan dilakukan terhadap peperiksaan awam lain membabitkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata, hanya SPM saja sistem peperiksaannya akan dikekalkan manakala peperiksaan awam lain seperti PMR dihapuskan menjelang 2016 dan digantikan dengan sistem PBS seperti peperiksaan STPM dan UPSR.

“Seperti peperiksaan UPSR, 40 peratus markahnya akan berdasarkan PBS dan 60 peratus peperiksaan berpusat dan mulai tahun ini kita sudah memulakan sistem PBS di tahun satu,” katanya.